![[VIDEO] Aedy Ashraf Perjelas Imej Buka Baju & Pakai ‘Boxer’ Dalam Filem – ‘Saya Mohon Maaf Andai Ada Yang Kurang Senang’](https://asset.ohbulan.com/2025/11/aedy-2.jpg)
Pelakon Aedy Ashraf memberikan respon terhadap penampilan dalam filem terbaharu, Klepet berikutan kebanyakan babak memperlihatkan dirinya tidak mengenakan baju dan hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam lelaki).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kepada Semua Lelaki, Jangan Putus Asa’ – Aedy Ashraf
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aedy Ashraf Teruja Kembali Tercalon FFM34 – ‘Kali Terakhir Waktu Umur Saya 12 Tahun’
Penjelasan Aedy

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 32, menjelaskan bahawa sebagai seorang aktor, imejnya seperti itu adalah bertujuaan untuk menghidupkan karakter dan menonjolkan sisi sebenar kehidupan.
Ketika berada di luar saya pun berseluar pendek dan apabila di rumah bersama kawan-kawan lelaki saya juga buka baju.
Jadi kita cuba sebaik mungkin untuk menonjolkan realiti kepada penonton.
Bagaimanapun, Aedy memohon maaf jika penampilan tersebut mencetuskan rasa kurang senang bagi segelintir pihak yang menonton filem berkenaan.
Namun, andai ada yang kurang senang atau pedih mata, saya minta maaf awal-awal kerana kami hanya cuba lakukan untuk nampak filem ini lebih ‘real’ dan tak ada niat lain pun.
Aedy berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana filem Klepet yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.
Suntingan filem
Dalam pada itu, pelakon filem Kahar: Kapla High Council tersebut mengakui pada awalnya dia berasa gusar dengan lontaran dialog dalam filem tersebut.
Namun, Aedy percaya kepada proses tapisan yang dilaksanakan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Saya pun risau juga sebenarnya namun saya percaya perfileman kita ada tapisan daripada LPF dan Finas. Mereka lebih mahir dan handal tentang ini.
Ketika penggambaran ada dialog yang tidak patut disebut tapi pengarah mengambil pendekatan untuk membiarkan kami melakukannya. Mereka pula kemudian menguruskan proses penyuntingan.
Untuk info, Klepet turut dibintangi oleh Meerqeen, Nadhir Nasar, Joey Daud, Eric Fuzi dan Aeril Zafrel. Naskah berkisarkan tentang persahabatan itu bakal menemui penonton di pawagam bermula 27 November ini.








