![[VIDEO] Aedy Ashraf Teruja Kembali Tercalon FFM34 – ‘Kali Terakhir Waktu Umur Saya 12 Tahun’](https://asset.ohbulan.com/2025/10/aedy.jpg)
Pelakon Aedy Ashraf akui teruja apabila kembali tersenarai sebagai calon di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Bela Rambut Panjang Untuk Projek Filem, Bikin Ramai Wanita Cair
Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Percaya Lelaki Zaman Sekarang Pentingkan Penjagaan Kulit
Selepas hampir 2 dekad

Ketika ditemui OhBulan!, Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 31, berkata, dia amat berbesar hati apabila diletakkan dalam satu kategori bersama barisan pelakon hebat yang lain.
Hampir dua dekat menapak nama dalam industri, Aedy menganggap ianya satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan.
Ia memang jadi impian saya untuk tercalon. Bila nama dah ada dalam senarai, itu sudah cukup. Saya tak letak harapan tinggi. Saingan sangat sengit, bila tengok senarai calon memang rasa teruja.
Bagi saya, tercalon bersama nama besar seperti Eman Manan, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle dan Syazwan Zulkifly sudah memberi semangat untuk terus hasilkan karya yang lebih baik pada masa depan.
Aedy berkata demikian ketika ditemui di sidang media filem Klepet yang berlangsung di TGV KLCC, pada Khamis.
Dalam pada itu, Aedy meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada pihak juri untuk menilai secara adil.
Saya percaya juri bukan calang-calang orangnya dan saya sangat menghormati mereka walaupun tidak tahu siapa.
Pada malam itu saya hadir untuk meraikan sesiapa sahaja yang menang kerana bagi saya semua yang tercalon layak diraikan.
Aedy memaklumkan ini merupakan pencalonan pertama selepas dirinya menerima pencalonan di FFM ketika berusia 12 tahun menerusi kategori Pelakon Kanak-kanak Terbaik di FFM20 pada tahun 2007.








