Tindakan pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menghadiahkan chiller kepada anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa meraih perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Agak-Agak Diterima Tak?’ – Aeril Zafrel ‘Cuba Nasib’ Jadi Ahli ‘Old Money’, Netizen Terhibur Gaya Seluar Ikat Di Bahu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Melayan, Takkan Jadi’ – Aeril Zafrel Tiada Niat Nak Curang, Sifatkan Wawa Zainal Cukup Sempurna

Sokong minat anak

Menurut pemilik nama Suhairil Sunari, 37, pemberian hadiah itu dibuat selepas dia dan Wawa, 34, melihat Haura menunjukkan minat dalam bidang kulinari.

Jelasnya, sebagai ayah dia sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyokong minat anak-anaknya.

Aeril berkongsi tentang perkara itu dalam muat naik di Instagram baru-baru ini.

Gembira anak ayah dapat chiller. Dia memang minat bakery.

Sebagai ayah, ayah akan buat apa sahaja untuk sokong minat anak ayah.

Ayah doakan Hayla menjadi baker yang berjaya suatu hari nanti.

Haura yang bersyukur dengan pemberian itu menyatakan rasa gembira kerana ibu bapanya merealisasikan impian kecilnya.

Difahamkan, Haura giat berniaga kek batik mengikut jejak langkah Aeril dan Wawa menceburi bidang usahawan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira apabila melihat ibu bapa dengan positif menyokong minat anak-anak mereka.

Kata mereka, Haura gembira bukan kerana dihadiahkan chiller, namun sokongan yang diberikan oleh Aeril dan Wawa.

Komen netizen

Sumber: TikTok