Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal meraih perhatian netizen apabila dilihat berkongsi rezeki dengan orang awam di bulan mulia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Marah Macam Mana Pun Saya Akan Cuba Istighfar’ – Aeril Zafrel
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wawa Zainal Kesal Imej Tercalar, Teruskan Saman Terhadap Blogger – ‘Inilah Fitnah Paling Teruk Pernah Kami Terima’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Okay Saja’ – Wawa Zainal Tak Kisah Suami Puji Pelakon Wanita Lain
Air percuma
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkongsi rezeki dengan memberi air percuma kepada umum yang berlokasi di pejabat Wawacosmeticshq, jam 5:00 petang.
Dalam video itu, Aeril dan Wawa dilihat sedang membuat dua jenis air iaitu tembikai susu serta jagung yang didatangi ramai orang dihujung video tersebut.
@aerilzafrel8 jom dapatkan air percuma. dtg office kami jam 5 ptg ok. search je wawacosmeticshq (new warehouse) jumpa nanti??
Semoga lebih luas rezeki
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pasangan selebriti itu yang mencari pahala tambahan di bulan mulia ini. Warganet mendoakan agar rezeki Aeril dan Wawa sentiasa diperluaskan.
Sumber: TikTok @aerilzafrel8