Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal akui dirinya baik-baik sahaja apabila ditanya sama ada dirinya cemburu atau terasa hati selepas video suaminya, Aeril Zafrel memuji perwatakan pelakon wanita lain viral di platform media.
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Hilang Sabar Kena Fitnah, Bagi Masa 24 Jam Buat Permohonan Maaf Sebelum Surat Saman Sampai
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Hilang Sabar Kena Fitnah, Bagi Masa 24 Jam Buat Permohonan Maaf Sebelum Surat Saman Sampai
‘Saya okay saja’
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Wawa menjelaskan kenyataan suaminya hanya sekadar menggambarkan sikap dan perwatakan rakan sekerjanya. Malah, dia sama sekali tidak menghiraukan tindakan suaminya itu yang dianggap bukanlah satu isu yang besar.
Mengenai kenyataan Aeril memuji perempuan lain manja itu, saya okay saja. Dia menjelaskan perwatakan kawan dia seperti apa. Okay saja. Jadi, berhenti tanya saya ‘tak marahkah?’ dan ‘tak terasakah?
Sejujurnya, waktu mula-mula tengok video itu, saya okay saja. Tapi, bila ramai sangat netizen membuat spekulasi, ‘bini dia okaykah?’ dan macam-macam lagi, saya terus rasa normal atau tidak apabila saya tidak rasa apa-apa. Jadi saya buat-buat merajuk sekejap.
Terdahulu, usahawan berusia 31 tahun ini ada berkongsi satu video yang memperlihatkan dia bertanya kepada Aeril sama ada dirinya cukup manja atau pun tidak.