![[VIDEO] AG Hot FM Raih Pujian Bantu Habiskan Jualan Peniaga Di Bazar Ramadan – ‘Jelas Wajah Gembira Pada Mak Saya’](https://media.ohbulan.com/2025/03/AGAZmeerBorongMakananPeniaga.jpg)
Penyampai radio Hot FM iaitu AG Azmeer meraih perhatian warganet sewaktu berkunjung ke Bazar Ramadan Jalan Telawi, Bangsar, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] KJ ‘Prank’ Ada Konflik Dengan AG Sampai Tak Nak Masuk Konti
Cari makanan di bazar
@hotfm976_ Jelas wajah syukur Ibu ini, dan anaknya yang meniaga di Bazar Ramadan, selepas AG habiskan jualan mereka dan agihkan pada pengunjung bazar. Terharu dengan tindakan AG petang ni di Bazar ? Baru first time turun Bazar, dah buat amal pada peniaga si sini. #HotFM #BekpesHot #IndahkanMemori #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ? original sound – Hot FM
Menerusi perkongsian Hot FM di TikTok, AG dilihat sedang berjalan mencari juadah berbuka puasa di bazar ramadan tersebut.
Sedang berjalan, terdapat satu gerai yang menarik perhatian AG sebelum penyampai radio itu singgah ke gerai tersebut.
Dapat dilihat, terdapat banyak makanan di gerai jualan wanita warga emas yang dibantu anaknya yang masih belum terjual.
Agihkan kepada pengunjung lain
@hotfm976_ Alhamdulillah ?? Dari misi hari pertama AG di Bazar, bertukar kepada misi membantu peniaga di sini. Sudah tertulis rezeki buat akak ini dan ibunya kan? Semoga perniagaan kalian terus maju, amin ? #HotFM #BekpesHot #IndahkanMemori #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ? original sound – Hot FM
Melihat keadaan itu, AG kemudiannya mengambil keputusan untuk memborong kesemua makanan sebelum diagihkan kepada pengunjung bazar yang lain.
Apa yang mencuri tumpuan ialah, jelas terpampar wajah syukur peniaga tersebut selepas AG membantunya menghabiskan jualan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap AG dan mendoakan agar pemilik nama Muhammad Azmir Selamat itu dimurahkan rezeki.
Komen netizen
Sumber: TikTok Hot FM