Tindakan personaliti media sosial, Aisar Khaled yang menyalurkan bantuan makanan kepada penduduk di pendalaman Papua, Indonesia mendapat perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Agih Makanan & Imamkan Solat Jemaah Bersama Banduan Di Indonesia

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisar Khaled Satukan Dua Negara, Netizen Puji Usaha Bantu Indonesia – ‘Memang Respect’

Bantuan Aisar

@_wike.afrilia_

Senangnya mereka dapat ikan😁. Banyak dari mereka yang belum pernah makan ikan Laut☺️ Trimakasih atas bantuannya bang @aisarkhaledd 🙏😇 #papua #fyp #viral #aisarkhaledd #wikeafrilia

♬ rasa ini vierra piano – Lyn 🤍

Menerusi hantaran pempengaruh, Wike Afrillia di TikTok, kelihatan dia sedang mengagihkan barangan bantuan kepada penduduk di pendalaman tersebut.

Dalam masa yang sama, Wike yang juga petugas kesihatan di sana berterima kasih kepada Aisar kerana sudi memberi bantuan barangan runcit dan ikan kepada mereka.

Bantuan sembako (barang runcit) dan ikan dari Aisar Khaled.

Gembiranya mereka dapat ikan, kebanyakan dari mereka belum pernah makan ikan laut.

Terima kasih atas bantuannya.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Aisar sebagai seorang yang pemurah kerana bersimpati dengan keadaan penduduk di sana yang kurang berkemampuan.

Dalam masa yang sama, mereka juga memuji penduduk-penduduk tersebut yang sopan dan tertib ketika mengambil bantuan.

Walaupun tak dapat ke sana lagi, tapi bantuan dari Aisar tetap sampai untuk mereka.

Dah lama tengok konten Wike, tak sangka Aisar salur bantuan melalui dia. Pandai Aisar pilih orang yang tepat.

Aisar sudah berikan senyuman kepada warga Papua, semoga berjaya selalu.

Terima kasih Aisar kerana sudah berbahagi rezeki dengan rakyat Indonesia yang amat memerlukan. Semoga sihat-sihat selalu.

Alhamdulillah, ternyata ada orang luar dari negara seberang yang sangat peduli dengan kekurangan rakyat kita.

Sumber: TikTok Wike Afrilla