Pelakon Aishah Azman tidak menolak sekiranya dijodohkan dengan jejaka berstatus duda namun mengakui lebih mengutamakan jejaka yang belum pernah berkahwin.

Artikel Berkaitan: Aishah Azman Titip Kata Semangat Buat Kamal Adli, Netizen ‘Bitter’ Tuduh Nak ‘Try’ – ‘Sebarkan Doa Bukan Fitnah’

Artikel Berkaitan: ‘Awak Dengan Mulut Jalang Fikir Boleh Tutup Dengan Tudung’ – Aishah Azman Dakwa Alergik Ubat, Isteri Afiq Muiz Tunjuk Bukti Mata Lebam

Ramai salah tafsir

@ohbulanofficial

Pelakon Aishah Azman tidak menolak sekiranya dijodohkan dengan jejaka berstatus duda namun mengakui lebih mengutamakan jejaka yang belum pernah berkahwin #ohbulan #kinitrending #aishahazman

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Ketika ditemui OhBulan!, Aishah berpendapat tidak salah baginya untuk menitipkan doa pada mana-mana rakan seindustri yang ditimpa ujian hidup.

Mengulas dakwaan cuba mengambil hati pelakon Kamal Adli, pelakon berusia 29 tahun itu menegaskan tiada sebarang niat tersirat selain daripada ikhlas mendoakan.

Sejujurnya, apa yang saya tulis itu sekadar niat untuk berdoa untuk rakan sekerja.

Tiada lebih. Tapi mungkin ada orang yang salah tafsir disebabkan status Kamal dan status saya juga.

Tiada niat yang lebih-lebih daripada apa yang orang fikirkan.

Sebenarnya saya pernah bekerja sekali dengan Kamal. Jadi tidak salah rasanya saya mendoakan yang baik-baik disaat dia diuji dalam kehidupan.

Aishah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan majlis pelancaran koleksi tudung jenama Qyraisya yang berlangsung di Ruang Rama, Petaling Jaya pada Selasa.

Tak tolak jodoh duda tapi harap dapat status ‘fresh’

Berkongsi lebih lanjut, pelakon drama bersiri Cinta Hati Batu itu menyatakan ciri-ciri lelaki idamannya untuk dijadikan bakal suami.

Tegasnya, jejaka berstatus duda menjadi pilihan terakhir sekali gus percaya dirinya berhak mendapat seseorang yang belum pernah berkahwin.

Kalau diberi jodoh yang baik, soleh, bertanggungjawab, bujang, fresh, kenapa tidak? Doakan yang baik-baik.

Orang cakap kalau dah itu jodoh kita, kita tak menolak. Tapi kalau boleh nak yang bujang. Yang betul-betul orang cakap tak pernah berkahwin.

Kalau dah tak ada sangat pilihan untuk lelaki bujang, baru kita ambil yang duda. Tapi sejauh ini saya percaya ramai saja.

Kalau boleh elak, kita elak. Sebabnya bukan semua orang boleh terima.

Bukan keluarga tak restu, tapi atas saya sendiri. Sebab saya rasa dengan umur saya masih lagi berpeluang untuk dapat lelaki yang fresh.

Terdahulu, Aishah menzahirkan rasa simpati terhadap keputusan rumah tangga pelakon Kamal Adli dan bekas isteri iaitu Uqasha Senrose setelah disahkan bercerai talak satu.

Bagaimanapun, ciapan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir netizen yang beranggapan pelakon drama bersiri ‘Dia Imamku’ itu cuba mengambil hati Kamal.