berita

[VIDEO] Akibat Tak Tahan Dibuli, Pelajar Lelaki Ini ‘Bangkit’ Balas Pukulan Si Pembuli

November 21st, 2019 | by Amat Larbsib
Isu & Kontroversi

Viral sebuah rakaman pendek video menyaksikan seorang pelajar lelaki dipukul dan disepak beberapa rakan sekelasnya. Difahamkan insiden tersebut telah berlaku di salah sebuah sekolah agama di Pasir Puteh, Kelantan.

Seorang pelajar tingkatan dua itu dipercayai dibuli beberapa rakan dengan menyuruhnya menyiapkan kerja sekolah.

Tak tahan dibuli rakan sekelas

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 10.30 pagi semalam di dalam salah satu bilik darjah sekolah berkenaan. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah melaporkan terhadap  siasatan awal mangsa dikatakan enggan menuruti arahan kumpulan pembuli itu yang menyuruh siapkan kerja sekolah rakan sekelas. Oleh sebab itu, suspek bertindak memukul mangsa berkali-kali dengan kaki dan tangan.

Mangsa dipukul oleh kumpulan rakan sekelas yang menyuruhnya menyiapkan kerja sekolah pada musim cuti persekolahan yang akan bermula esok.

Bertindak balas semula pukulan

Mangsa turut mengakui kejadian buli dari rakan-rakannya itu telah lama berlaku. Namun, kali ini dia sudah tidak dapat menahan kesabaran sehinggakan dia bertindak memukul semula si pembuli itu.

Mangsa yang enggan berbuat demikian menyebabkan rakan kumpulannya itu bertindak memukulnya dengan tangan dan kaki bagaimanapun mangsa bertindak membalas semula pukulan itu. Yelah, sudah masuk musim cuti sekolah, suruh buat kerja sekolah apa lagi.

Bagaimanapun, pihak polis akan mengambil tindakan yang tegas terhadap sekumpulan pelajar tersebut. 10 pelajar berusia 13 dan 14 tahun sudah pun dipanggil untuk memberi keterangan dan siasatan masih lagi diteruskan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sumber: Sinar Online, Perak Power