berita

[VIDEO] Aksi Kejar Mengejar Myvi & Polis Di Lampu Isyarat, Dah Macam Game GTA!

February 8th, 2020 | by Arini Saleh
Video Popular

Sebelum ini, kes kemalangan membabitkan pemandu cuai sudah banyak kali dilaporkan berlaku. Malah, ada kejadian hitam berlumba di lebuhraya sehingga menyebabkan dua anak menjadi yatim piatu sekelip mata.

Oleh itu, pengguna lebuhraya dinasihatkan agar tidak menggunakan jalan raya sebagai tempat untuk melepaskan perasaan. Janganlah memandu secara berbahaya dan merisikokan pengguna yang lain.

Aksi kejar mengejar

Di Twitter, viral video sebuah kereta jenis Perodua Myvi dikejar kereta peronda polis. Di dalam video berdurasi 0:40 saat tersebut, kenderaan berwarna gelap dikejar polis sehingga ke kawasan lampu isyarat. Walaubagaimanapun, pemandu Myvi dilihat cuba melarikan diri dan mengelirukan pihak polis dengan mengelilingi tempat yang sama beberapa kali.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah aksi kejar mengejar tersebut tidak ubah seperti di dalam permainan video Grand Theft Auto (GTA). Di dalam permainan tersebut, pemain mengambil watak sebagai penjenayah dan perlu menyempurnakan misi seperti rompakan dan pembunuhan.

Macam dalam permainan video

 

Berdasarkan respon daripada orang awam, kejadian didakwa berlaku di Nibong Tebal berdekatan kampus Universiti Sains Malaysia (USM). Namun, kesahihan dan punca kes masih belum dikenalpasti.

Sumber : tsgxy_

SKIP THIS AD ×