berita

[VIDEO] ‘Bukan Main Laju Lagi’ – Pemandu Myvi Mabuk Langgar MPV Peronda Polis?

February 6th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kes kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk semakin meningkat naik. Hal ini telah membimbangkan masyarakat ekoran tiada langkah yang drastik dilakukan oleh pihak berkuasa bagi menangani masalah ini. Sebelum ini seorang mangsa telah maut akibat dirempuh pemandu mabuk pada siang hari di Shah Alam telah mendapat perhatian warganet.

Terbaru, menerusi Twitter Tsgxy telah berkongsi rakaman video yang memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai dipandu oleh pemandu mabuk telah merempuh belakang kereta peronda polis yang sedang berhenti di bahu jalan.

Buku bertemu ruas, mabuk langgar polis

Menerusi rakaman video tersebut, kereta Myvi itu seolah-olah tidak dapat melihat kenderaan polis yang telah berhenti di bahu jalan. Walaupun kon-kon amaran telah diletakkan, pemandu tersebut dikatakan tidak peka kerana dalam keadaan mabuk dan terus menyusur laju sehingga melanggar belakang kereta polis. Turut dilihat dua orang individu yang berjaya mengelak dari terus dilanggar oleh kereta berkenaan.

Silap esok terus pinda akta agaknya

Rata-rata netizen berang dengan kejadian yang berlaku seumpama ini. Netizen berharap agar pihak berkuasa tempatan mengetatkan lagi undang-undang terhadap pesalah yang memandu dalam keadaan mabuk ini. Hal ini berikutan beberapa kejadian yang telah meragut nyawa orang yang tidak bersalah.

Hukuman gantung sampai mati

Terdapat juga yang berpendapat agar hukuman gantung sampai mati bakal dikenakan terhadap pemandu mabuk yang telah meragut nyawa. Justeru itu mereka menggesa kerajaan agar cepat dan tangkas membendung pemandu mabuk agar kejadian seperti ini tidak berulang.

Sumber: Tsgxy

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×