Pelakon Mas Khan berkongsi momen menyentuh hati bersama seorang individu berbangsa cina ketika berada di stesen minyak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selepas 5 Bulan Kahwin, Mas Khan Hadiahkan Isteri Beg ‘Makeup’ Louis Vuitton Cecah RM6.5K

Artikel Berkaitan: Mas Khan Pilih Baju Untuk Isteri Pakai Waktu ‘Honeymoon’

Berdosa menilai orang

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Mas Khan atau nama penuhnya Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, 31, meluahkan rasa kecewa pada dirinya apabila terlalu cepat menilai seseorang daripada luaran.

Sedangkan individu tersebutlah yang membantunya untuk membayar minuman yang dibeli kerana tidak memiliki duit kecil.

Aku sedih. Aku buat satu benda yang tak patut.

Tadi aku di stesen minyak dan nak beli satu tin air kopi. Aku ada RM50, bank tengah tutup sementara sebab dah pukul 12 malam, juruwang tiada duit kecil.

Belakang aku ada individu berbangsa cina, dalam linkungan 45 tahun. Dia pakai seluar pendek. Macam mabuk.

Aku menilai dia daripada luaran. Aku rasa berdosa.

Dia cakap dia bayarkan untuk aku.

Apa yang aku buat, aku bagi dia RM100. Dia tak ambil. Aku paksa dan akhirnya dia ambil.

Dalam pada itu, Mas Khan gagal menahan sebak mengenangkan kesilapan yang dibuat sekali gus berharap agar perkongsiannya menjadi peringatan buat semua.

Sumber: Instagram @maskhan_