![[VIDEO] Selepas 5 Bulan Kahwin, Mas Khan Hadiahkan Isteri Beg ‘Makeup’ Louis Vuitton Cecah RM6.5K](https://asset.ohbulan.com/2025/09/mas-khan.jpg)
Pelakon Mas Khan baru-baru ini mencuri perhatian selepas menghadiahkan isterinya sebuah beg solekan berjenama mewah Louis Vuitton (LV) yang dianggarkan bernilai RM6,450.
Artikel Berkaitan: Mas Khan Pilih Baju Untuk Isteri Pakai Waktu ‘Honeymoon’
Artikel Berkaitan: Mas Khan Sah Bergelar Suami Kepada Anatasha Diana, Serah Mas Kahwin RM1,497
‘Sedikit saguhati dari seorang suami’
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, pemilik nama penuh Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan itu berkongsi momen kejutan istimewa buat isterinya yang baru dinikahinya lima bulan lalu.
Aku ada buat kejutan untuk isteriku yang tercinta. Aku baru kahwin 5 bulan, nak kata ada banyak pengalaman tu tidaklah kalau dibandingkan dengan orang lain yang dah kahwin berbelas tahun.
Menurut Mas Khan, hadiah tersebut diberikan sebagai bentuk penghargaan terhadap penat lelah isterinya yang banyak menguruskan hal rumah tangga.
Malah, pelakon itu turut mengakui rasa simpati melihat usaha isterinya setiap hari, justeru terdetik untuk memberi sesuatu sebagai tanda terima kasih.
Kenapa aku nak bagi dia kejutan sebab aku rasa sebagai suami perlu ‘reward’ isteri. Sebab diorang lah yang masak, basuh pinggan, hidangkan makanan, basuh baju dan buat semua kerja rumah.
Aku tahu memang itu tanggungjawab isteri tapi aku rasa ini sesuatu yang baru untuk aku dan tengok dia macam rasa kasihan. Kemudian aku rasa perlu beli sesuatu untuk hargai dia.
Mas Khan juga berharap hadiah yang diberi itu mampu membuat isterinya berasa lebih dihargai.
Saya harap awak suka sayang, ini sedikit saguhati dari seorang suami yang hargai isteri tercinta.
Untuk rekod, Mas Khan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Anatasha pada 25 Mei lalu hanya dengan sekali lafaz.
Mas Khan elah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,497 serta wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada isterinya tercinta dan seutas gelang tangan emas.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] Penghuni Syurga Boleh Bantu Penghuni Neraka? Ini Penjelasan Ustaz Adnin](https://asset.ohbulan.com/2026/08/adnin.jpg)

