Pempengaruh dan usahawan Aliff Awang berkongsi pengalaman serta cabaran yang dilaluinya ketika membuat keputusan untuk menyertai program dakwah selama 40 hari di masjid.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Latih Pekerja Khatam Al-Quran Dalam Bulan Ramadan – ‘Siapa Tak Baca, Minta Dia Kerja Tempat Lain’

Artikel Berkaitan: Cinta Opai Buat Fatin Afeefa Bertambah Setiap Hari – ‘Perkahwinan Kami Bukan Untuk Ditayang Pada Umum’

Dipersoalkan

@podcastsembangohhyeahh

Realiti perjalanan dan ujian jalan dakwah 🥹 Video penuh bersama @Opai Alpiaw di YT Sembang Ohh Yeahh @OPAI Fragrance akan berada di Absolute Bazaar MITEC KL pada 13 – 15 Mac 2026 #podcastclips #fypviral #SembangOhhYeahh #podcastmalaysia

♬ original sound – SembangOhhYeahh – SembangOhhYeahh

Menerusi perkongsian dalam audio siaran Sembang Ohh Yeah di TikTok, Aliff, atau lebih mesra disapa Opai, mendedahkan bahawa pada awalnya ibunya mempersoalkan keputusannya meninggalkan isteri dan anak-anak untuk berada di masjid dalam tempoh yang agak lama.

Namun dia cuba menjelaskan situasi itu dengan membuat perbandingan sekiranya dia bekerja di syarikat minyak dan gas ternama yang memerlukan dirinya berada di luar negara selama beberapa bulan.

Mula-mula ibu aku persoalkan kenapa nak kena tinggal anak dan isteri kemudian duduk dekat masjid selama 40 hari.

Aku suruh ibu aku bayangkan aku kerja oil and gas dekat syarikat ternama dan ada pangkat yang besar.

‘Bayangkan tiba-tiba syarikat itu suruh saya duduk di luar negara selama empat bulan, saya rasa ibu mesti akan cakap tahniah, anak ibu berjaya, anak ibu jadi orang hebat dan tak akan ada complain’.

Aku rasa tak ada seorang ibu pun yang akan complain kalau anak dia kena kerja luar negara dan perlu tinggal keluarga berbulan-bulan di rumah.

Tetapi ini nak pergi masjid dekat kuantan sahaja, dia pertikaikan dan persoalkan tinggal isteri dengan anak di rumah.

Direstui

Bagaimanapun, suami kepada aktres Fatin Afeefa itu berkata selepas dia memberikan penjelasan tersebut, ibunya akhirnya memahami dan memberikan restu terhadap keputusannya.

Dalam pada itu, Opai turut mengakui isterinya pada awalnya tidak begitu memahami sepenuhnya perkara tersebut, namun tetap memberi sokongan kerana menyedari dia tidak melakukan perkara yang salah.

Ibu aku terdiam dan dia mula reda.

Dia bagi keredaan sebab ini memang realiti pun, kalau aku kerja di luar negara pasti ibu aku puji.

Tapi ini cuma nak duduk di masjid dan tak buat dosa tapi dimarah pula.

Isteri aku pula tak faham tapi dia dah biasa sebab dulu aku selalu keluar pergi umrah, buat haji selama 40 hari.

Jadinya, dia hanya faham yang aku tak buat dosa.

Tambahnya lagi, sepanjang empat hari pertama berada di masjid, dia berasa tertekan kerana merasakan seolah-olah melakukan perkara itu secara terpaksa dan belum benar-benar ikhlas.

Aku pergi dan masa awal-awal 4 hari pertama memang rasa stres sebab aku tak ikhlaskan diri untuk buat benda ini.

Aku rasa macam terpaksa tapi lepas seminggu, tiba-tiba rasa bahagia sangat.

Sumber: TikTok