Usahawan kontroversi, Kak KM tampil menjelaskan situasi sebenar antara dirinya dan kakak kandung, Kak Nona, selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka yang dikatakan semakin renggang.

Penjelasan Kak KM

Menerusi klip sesi siaran langsung baru-baru ini, Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli menegaskan bahawa dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap kakak kandungnya itu.

Sebaliknya dia menganggap segala yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri.

Saya tak menyesal dengan apa yang terjadi. Pasti ada hikmahNya.

Sebab bagi saya setiap apa yang berlaku, yang Allah dah bagi, sebenarnya Dia nak beritahu kita ada perkara yang kita perlu tahu.

Tambah Kak KM, walaupun hubungan mereka adik-beradik kini tidak lagi seperti dahulu, tetapi dia menolak tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya bermusuh dengan Kak Nona atau nama lengkapnya Rose Azlin.

Kami tak bergaduh, aku tak pernah jadikan dia (Kak Nona) sebagai musuh.

Tapi antara aku dengan Kak Nona, kami masih adik-beradik. Aku tak pernah benci dia.

Kak KM tak benci Kak Nona

Walau bagaimanapun, Kak KM tetap menegaskan hubungan kekeluargaan mereka masih utuh meskipun memilih untuk menjaga jarak.

Aku maafkan je apa yang berlaku, cuma tak perlu lagi untuk kamu berjumpa.

Aku terus bawa diri, tak nak ada apa-apa komitmen, tak nak ada apa-apa pasal perniagaan.

Ada benda yang berlaku yang kita tak boleh dah duduk sekali. Tapi aku tak benci dia.

Sebelum ini, hangat diperkatakan bahawa hubungan Kak KM dan Kak Nona dilaporkan renggang, apabila timbul dakwaan mereka bermasam muka. 

Malah lebih menguatkan spekulasi apabila mereka berdua juga didakwa sering berbalas kenyataan dan memerli antara satu sama lain di media sosial.

Isu ini dipercayai berpunca daripada salah faham berkaitan pengurusan perniagaan yang mereka jalankan bersama.

Untuk makluman, Kak KM turut tercalon bagi kategori Usahawan Paling Viral di Ohbulan! Paling Viral Online.

Selain Kak KM, antara usahawan yang turut tercalon bagi kategori ini termasuklah Aeril Zafrel & Wawa Zainal, Datuk Seri Aliff Syukri, Christy Ng dan ramai lagi.

Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

Untuk memperluas capaian, OhBulan! melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

Penggunaan hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.

Sumber: TikTok