Tular baru-baru ini penyanyi, Datuk Hattan menempelak seorang pembaca berita ketika ditemu bual dengan mendakwa tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengajukan soalan kepadanya.
Artikel Berkaitan: ‘Dalam Masa 24 Jam Semua Kemewahan Boleh Hilang Sekelip Mata’ – Hattan Pesan Jangan Jatuhkan Air Mata Seorang Ibu
Artikel Berkaitan: ‘Kau Ingat Artis Ni Binatang Ke?’ – Hattan Geram Ustazah Viral Hina Artis, Minta Fikir Sebelum Bercakap
Tidak adil buat Hattan
Berikutan itu, rakan baik Hattan, Salimey Abu Bakar menjelaskan keadaan sebenar semasa kejadian itu berlaku.
Menurut Salimey, Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin memaklumkan kepadanya bahawa dia tidak mengetahui sama sekali temu bual tersebut dijalankan secara langsung.
Dia yang menonton siaran langsung berita itu merasakan ada sesuatu yang tidak kena lalu menghubungi penyanyi tersebut.
Saya terus hubungi Datuk Hattan dan bertanyakan situasi sebenar. Soalan pertama yang saya ajukan, Datuk tahu ke yang panggilan tadi live?
Jawapan yang diberikannya, apa live? Aku tak tahu, katanya. Saya tanya lagi, biar betul Datuk tak tahu? Tak tahu, aku tengah baring mereka telefon tanya soalan, aku jawab la macam biasa.
Dalam pada itu, dia menyatakan bahawa tidak mungkin pelantun lagu Rendang Tak Berbuah itu tidak mengetahui tentang protokol temu bual secara langsung.
Kalau kita pun dalam situasi begini mungkin kita pun jawab macam sembang biasa kawan-kawan.
Jadi, tidak adil satu kesalahan terus dilemparkan kepada artis seperti Datuk Hattan saja kerana beliau tidak minta ditemu bual dalam siaran berita terbabit.
Sebaliknya penerbit berita harus bersedia dengan soalan-soalan dan jawapan untuk diberi pada panel dan pembaca berita pada masa terbabit.
Terdahulu, penyanyi berusia 59 tahun itu telah dihubungi oleh pihak berita Astro Awani untuk ditemu bual susulan kematian vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael.
Semasa ditemu bual, pembaca berita tersebut telah ‘disekolahkan’ oleh Hattan gara-gara tidak mengetahui tentang penulis lirik kumpulan itu sebelum bertindak mematikan panggilan.
Susulan itu, ramai pihak termasuk Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menggesa penyanyi berasal dari Negeri Sembilan itu untuk memohon maaf terhadap pembaca berita berkenaan.
@salimey1 Interview live di Astro Awani Berita 501 sebentar tadi, Dato Hattan di temuramah oleh Penyampai berita Astro Awani. WAA : Lirik-lirik lagu-lagu XPDC ini orang kata sangat² makan dalam Dato, apa yang Dato boleh kongsikan DH : Lagu² XPDC banyak di tulis….awak tau tak tau dia punya sejarah ni… WAA : Mungkin Dato boleh ceritakan… DH : U buat kajian ke tak buat kajian ni WAA : heheehhh…silakan Dato.. DH : Dia bukan Mael yang tulis lirik, yang banyak buat lirik untuk XPDC Allahyarham jugak siapa dia kalau u tahu… WAA : Saari Amri… DH : Apa la u ni… WAA : Saari Amri Dato…(penuh confidence) DH : Apa ni u panggil orang yang tahu interview saya laa…apa la u..tak buat homework ke interview pasal mael…. WAA : J.S Kevin datooo.. DH : Haaa baru la betul ada lak Saari Amri, Saari Amri Ukays adoii.. Ni la akibatnya bila interview live wartawan tidak melakukan kajian sebelum menemu bual dengan lagenda rock tanahair Dato Hattan. Saari Amri Mael XPDC Official Astro AWANI #maelxpdc #fyp #fyp? #astroawani @datohattan @saariamriofficial @xpdc_official_kitapengyu #fyp??viral
Sumber: Harian Metro