Baru-baru ini viral satu video dakwah di aplikasi Tiktok yang membuatkan ramai selebriti terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh ustazah tersebut. Dakwa wanita dikenali sebagai Ustazah Afifah, orang yang bersalaman dengan artis akan rosak hati dan jiwa.
Susulan iru, Dato Hattan tampil menyangkal dakwaan tersebut.
Artikel Berkaitan: Hattan Geli Lihat Aksi Sumbang 2 Lelaki Dalam Surau – ‘Seluk Tangan Dalam Seluar Lepas Tu Salam’
Artikel Berkaitan: ‘Idea Siapa Lumba Basikal Tengah Bandar Ni?’ – Hattan Terperangkap 2 Jam Atas Jalan Raya
‘Kau ingat artis ni binatang ke’
Menerusi perkongsian video terbaru Dato Hattan di Instagram miliknya, dia tidak bersetuju dengan pendapat ustazah Afifah yang menyatakan bersalaman dengan artis dapat merosakkan roh dan jiwa seseorang.
Nak berdakwah boleh tapi cara kau tak betul. Hina betul artis dekat kau kan, kau ingat artis ni binatang ke? najis mughallazah ke? Kita (artis) ni jenis yang tak suka menunjuk. kalau kau cakap bersalaman dengan artis bukan muhrim tu boleh batal wudhuk, itu kita faham.
Bercakap tu fikir dulu. Kau nak mendidik orang, kau laki bini sama je.
Menerusi video yang dimuat naik yang berdurasi selama dua minit itu, Hattan menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang isu dengan pendakwah tetapi haruslah menggunakan cara dan bahasa yang betul.
Selain daripada itu, Hattan turut menyentuh isu suami dayus yang membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki. Dia berharap ustazah tersebut berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan dalam hal-hal sebegini.
Sumber: Dato Hattan