Usahawan Aleeya Zailan berkongsi tentang kesakitan pada bahagian lutut yang dialaminya sehingga membataskan pergerakan semasa melakukan ibadah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aleeya Zailan Nasihat Anak Cari Suami Rajin Berbanding Berharta – ‘Nanti Awak Berdua Boleh Kaya Bersama’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aleeya Zailan Bayar Gaji Pekerja Di Rumah Lebih RM40k Sebulan? – ‘Tak Cukup’

Sakit lutut

@aleeyazailanavenys

Ramai tanya Aleeya kepana solat duduk, ini lah sebabnya

♬ original sound – Aleeya Zailan – Aleeya Zailan

Menerusi hantaran di TikTok, Aleeya memaklumkan tentang perkara tersebut apabila ada segelintir warganet yang bertanya berikutan melihat dirinya duduk di atas kerusi semasa solat ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Ada yang bertanya kepada saya, ‘kenapa pergi Makkah solat atas kerusi?’

Saya tak boleh solat dalam keadaan berdiri. Saya kena duduk di atas kerusi kalau nak solat.

Saya ada masalah sakit pada lutut, tak boleh ada tekanan.

Saya ada pergi jumpa doktor, buat masa ini saya kena makan ubat dulu dan tak boleh terlampau kuat sangat (tekanan pada lutut).

Punca sakit

@aleeyazailanavenys

Punca2 sakit lutut korang nilah sebabnya terlalu aktif

♬ original sound – Aleeya Zailan – Aleeya Zailan

Menurut ibu kepada tiga orang anak ini, terlalu aktif melakukan senaman menjadi punca lututnya semakin sakit.

Masa muda-muda dulu saya aktif dan baru-baru ini pun saya buat fisioterapi kerana saya menghidap slip disc.

Sambil buat fisioterapi, mereka ajak buat senaman sekali.

Pada awalnya saya ingatkan cara berdiri yang salah rupanya lutut dah lama terkoyak. Jadi apabila bergerak ia makin teruk.

SumbeR: TikTok Aleeya Zailan