Hantaran terbaharu pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall telah menyorot perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Jamumall Nafi Buang Uciluna – ‘Mak Panggil Ajak Jumpa Pun Tak Nak’

Sambut ‘birthday’ anak Uciluna

@sitijamumall

selamat ulang tahun aura hana🥳🎂@uciluna

♬ original sound – sitijamumall – sitijamumall

Menerusi hantaran di TikTok, Siti atau nama lengkap Siti Suriani Wahiddin berkongsi momen dirinya bersama keluarga ke kediaman adiknya yang juga pempengaruh Khairul Shukri atau lebih dikenali sebagai Uciluna.

Jelas Siti, mereka hadir bagi meraikan ulang tahun anak perempuan kepada Uciluna yang bernama Aura Hana.

Dapat dilihat, mereka yang sudah lama tidak berkumpul sebagai ekeluarga meraikan sambutan tersebut dengan penuh meriah dan gembira.

Sementara itu, Siti yang membawa sebiji kek aiskrim turut menghadiahkan anak saudaranya itu seutas gelang tangan emas.

Komen netizen

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya bersyukur melihat momen gembira Siti dan keluarga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan ikatan mereka sekeluarga berkekalan selamanya.

Sebelum ini, Siti mencuri perhatian apabila mendedahkan hubungannya dan Uciluna sedang bermasalah dan mula renggang sejak Uciluna berusia 18 tahun.

Perkongsian tersebut turut mendapat respon Uciluna yang menjelaskan bahawa tidak semua perkara perlu diceritakan kepada umum kerana ianya akan membuatkan isu tersebut menjadi lebih besar.

Sumber: TikTok