Umum mengetahui, drama ‘Lelaki Itu’ sudah memasuki fasa kemuncak di mana pelbagai konflik telah berlaku dalam kehidupan keluarga Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim) dan Syed Mirza (Datuk Adi Putra).
Terbaru, babak Imani (Fazura) mengeluarkan kenyataan membela nasib para penyondol berjaya mencuri tumpuan warganet di media sosial. Mana taknya, isu penyondol ini tengah menjadi topik ‘hot‘ sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sayang Macam Mana Dengan Anak Kita Nanti?’ – Klimaks Drama ‘Lelaki Itu’ Buat Emosi Netizen Tak Stabil
Tetap isteri yang sah
Menerusi klip video yang dikongsikan oleh Drama Sangat, Imani dilihat menjawab soalan wartawan berhubung haknya sebagai isteri meskipun digelar sebagai penyondol. Secara selamba, Imani mengatakan bahawa ‘penyondol atau perampas tetap isteri yang sah’.
Tidak pernah ada dalam hukum yang mengatakan penyondol atau perampas tidak berhak untuk menuntut haknya.
Selain watak Imani, watak Khairullah (Aedy Ashraf) dan Sharifah Batrisya (Hannah Delisha) sebelum ini turut membuat emosi penonton tidak stabil.
Mereka sendiri tertanya-tanya mengenai hukum perkahwinan yang dibina termasuk status anak yang di dalam perut Sharifah Batrisya memandangkan mereka sebenarnya adik beradik yang sama bapa dan berlainan ibu.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Drama Sangat