berita

[VIDEO] ‘Sayang Macam Mana Dengan Anak Kita Nanti?’ – Klimaks Drama ‘Lelaki Itu’ Buat Emosi Netizen Tak Stabil

April 19th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Drama ‘Lelaki Itu’ yang sedang bersiaran di TV3 berjaya mencuri tumpuan penonton sejak awal ia ditayangkan.

Mana taknya, drama tersebut sudah sampai ke klimaks dan watak Khairullah (Aedy Ashraf) dan Sharifah Batrisya (Hannah Delisha) berjaya membuat emosi penonton tidak stabil.

Macam mana anak kita?

Umum mengetahui Khairullah (Aedy Ashraf) dan Sharifah Batrisya (Hannah Delisha) telah berkahwin. Lebih teruk, mereka sebenarnya adik beradik yang sama bapa dan lain ibu.

Dalam episod terbaru, Sharifah Batrisya membuat pengakuan bahawa dia telah disahkan mengandung. Drama ini ternyata memberi kelainan kepada penonton kerana pengarah menampilkan plot yang sangat berbeza dan tidak cliche.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa marah kepada Mirza iaitu bapa mereka berdua kerana merahsiakan perkahwinan sehingga menimbulkan permasalahan tersebut.

Netizen mula tertanya-tanya mengenai hukum perkahwinan tersebut dan apakah status anak pasangan itu. Ini kerana, perkahwinan mereka sepatutnya dibubarkan. Apa pun, kita tunggu pengakhiran drama ini bagaimana.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×