![[VIDEO] Aliff Syukri Hanya Tidur Tiga Jam Sehari](https://asset.ohbulan.com/2025/06/AS.jpg)
Usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan bahawa waktu tidurnya hanya dua ke tiga jam sehari demi mencari rezeki.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Cari ‘Bik Tudung’, Anak Rindu Sampai Tak Tidur
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Dedah Perbelanjaan Bulanan Hampir RM60,000 – ‘Makan Saja Dah RM15,000’
Tak tidur lama
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau nama lengkap Aliff Syukri Kamarzaman, 38, bukan sahaja aktif sebagai penjual namun, turut menjadi penyunting iklan produknya.
Paling lama saya tidur, empat ke lima jam.
Tapi biasanya hanya dua ke tiga jam.
Sebelm tidur saya akan buat iklan. Sebab saya tiada marketing.
Saya boleh sunting gambar, video dan saya lah model.
Kekal relevan

Dalam pada itu, Aliff memaklumkan bahawa dia terpaksa mengeluarkan lagu untuk kekal relevan dalam dunia seni.
Ujarnya, apabila memiliki status sebagai seorang artis, pelbagai kemudahan diterimanya terutama dalam bidang perniagaan.
Bila jadi artis, kita tak perlu bayar booth masuk mana-mana event.
Siapa tak nak masuk event percuma kan?
Saya bukan artis, ini adalah hanya konten. Tapi kalau pergi event, saya akan cakap saya artis.
Orang yang komen itu sebenarnya tak berpelajaran.
Sumber: TikTok @buatsaja.podcast








