Usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan bahawa waktu tidurnya hanya dua ke tiga jam sehari demi mencari rezeki.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Cari ‘Bik Tudung’, Anak Rindu Sampai Tak Tidur

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Dedah Perbelanjaan Bulanan Hampir RM60,000 – ‘Makan Saja Dah RM15,000’

Tak tidur lama

@buatsaja.podcast

Tonton Sekarang di Channel Merah BuatSaja Podcast. Jangan lepaskan peluang mendengar perkongsian Dato’ Sri @Aliff Syukri Kamarzaman episod 9, bersama hos Tuan @Fahdi Ghazali dan Tuan @Mr. Pudin⚡️CEO Urus Orang Nak tahu lebih lanjut tentang GMart dan perjalanan mereka? Jom follow mereka di: TikTok: @G-Mart Group Instagram: @gmart_group Facebook: G-mart Group YouTube: GMart Group Website: g-mart.my/portal

♬ original sound – BuatSaja Podcast – BuatSaja Podcast

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau nama lengkap Aliff Syukri Kamarzaman, 38, bukan sahaja aktif sebagai penjual namun, turut menjadi penyunting iklan produknya.

Paling lama saya tidur, empat ke lima jam.

Tapi biasanya hanya dua ke tiga jam.

Sebelm tidur saya akan buat iklan. Sebab saya tiada marketing.

Saya boleh sunting gambar, video dan saya lah model.

Kekal relevan

Dalam pada itu, Aliff memaklumkan bahawa dia terpaksa mengeluarkan lagu untuk kekal relevan dalam dunia seni.

Ujarnya, apabila memiliki status sebagai seorang artis, pelbagai kemudahan diterimanya terutama dalam bidang perniagaan.

Bila jadi artis, kita tak perlu bayar booth masuk mana-mana event.

Siapa tak nak masuk event percuma kan?

Saya bukan artis, ini adalah hanya konten. Tapi kalau pergi event, saya akan cakap saya artis.

Orang yang komen itu sebenarnya tak berpelajaran.

Sumber: TikTok @buatsaja.podcast