![[VIDEO] Aliff Syukri & Iman Troye Lancar Tung Tung Raya, Netizen Komen – ‘Ingatkan Tamak Dalam Berniaga Saja’](https://asset.ohbulan.com/2026/03/aliff.jpg)
Tindakan usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, yang kembali berkolaborasi dengan Iman Troye untuk lagu raya tahun ini, mencuri perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tampil Dengan Lagu Raya ‘Mama Papa Raya’, Netizen Approved – ‘Tahun Ni Sedap!’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Layan Lagi Qadejah Nak Jam Tangan Berjenama – ‘Bukan Mewahkan, Hargai Anak-Anak’
Lagu raya lagi
Menerusi komen di YouTube, seorang netizen berseloroh berkata Aliff bukan sahaja tamak dalam berniaga, malah dalam melancarkan lagu raya juga.
Menurut individu itu, tindakan Aliff seakan-akan mahu menandingi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, apabila melancarkan lagu raya berjudul Tung Rung Raya bersama Iman.
Ingatkan datuk Aliff tamak dalam berniaga saja, sekali tamak bila keluarkan lagu.
Betul-betul nak kalahkan datuk Siti ni.
Bagaimanapun, kedua-dua lagu Aliff menerima respons positif daripada orang ramai yang rata-rata menyukai lagu raya tersebut kerana menampilkan kelainan tersendiri.
Sebelum ini, Aliff tampil mengeluarkan lagu raya Mama Papa Raya bersama isterinya, Datin Seri Shahida dan anak-anaknya iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Sumber: Youtube








