berita

[VIDEO] Aliff Syukri Panas Hati Banglo Mewah Disamakan Dengan Kedai Tom Yam – ‘Tunggu Surat Saman Ya’

March 27th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Usahawan dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri berang dengan kenyataan dikeluarkan oleh seorang wanita yang mendakwa rumah mewahnya itu terlihat murah dek susunan perabot dan perhiasan yang digunakan.

Rumah Aliff Syukri

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff atau nama sebenarnya Alif Syukri Kamarzaman, 37, meminta agar individu yang dipercayai merupakan pereka dalaman itu agar tidak memetik namanya semata-mata untuk meraih perhatian ramai.

Jelas Aliff lagi, setiap individu memiliki cita rasa yang berbeza-beza dalam aspek mendekorasi rumah.

Sibuk pula nak komen rumah saya macam kedai tomyam lah, buruk lah. Ini rumah saya, suka hati saya. Awak tak perlu nak sebut-sebut nama saya. Awak nak buat bisnes rekaan dalaman, awak buat. Tapi jangan guna populariti saya untuk naikkan bisnes awak.

Dalam pada itu, Aliff menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

Tunggu surat saman daripada saya ya. Saya malas nak bising-bising pasal awak, awak ni jenis terpaling pereka dalaman tau. Awak rasa rumah awak paling cantik, awak buat rumah paling cantik.

Aliff juga juga mendakwa individu berkenaan tidak mendaftar Malaysian Institute of Interior Designers (MIID) selepas melakukan pencarian di internet.

Awak tahu tak pereka dalaman saya ni, antara yang terbaik di Malaysia dan pernah dapat anugerah. Rumah saya pun pernah disenarai pendek antara rumah yang memiliki rekaan dalaman tercantik di Malaysia.

Awak tak perlu nak kondem rumah saya tak cantik. Saya tak perlukan khidmat nasihat awak dan awak tak perlu sebut nama saya okay.

Terdahulu, seorang wanita yang dipercayai pereka dalaman memuat naik video di TikTok mendakwa rumah Aliff Syukri tidak memiliki rekaan dalaman yang mewah dan elegan.

Video

Sumber: Datuk Seri Aliff Syukri

SKIP THIS AD ×