Malang nasib yang menimpa seorang penunggang basikal apabila bergesel dengan sebuah kereta yang memandu secara berbahaya. Kereta tersebut dipandu secara terhuyung hayang sebelum bergesel dengan mangsa.
Bergesel dengan penunggang basikal
Seorang penunggang basikal cedera selepas bergesel dengan sebuah kereta yang dipandu terhuyung hayang oleh lelaki yang dalam keadaan khayal.
Kejadian berlaku di Lebuhraya MRR2 dari Pandan Indah menghala ke Ulu Klang berhadapan Tesco Ampang.
Video : Orang awam pic.twitter.com/qYqCwCLGQy
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 8, 2020
Menerusi video yang berdurasi 40 saat itu, sebuah kereta jenis sedan itu dilihat membawa kereta secara berbahaya dengan secara tiba-tiba masuk ke lorong kanan tanpa memberi sebarang signal sebelum bergesel dengan seorang penunggang basikal di lorong kiri. Kejadian ini berlaku di Lebuhraya MRR2 dari Pandan Indah menghala ke Ulu Klang.
Penunggang basikal tersebut, mengalami luka-luka kecil kini berada di Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.
Menurut Info Roadblock JPJ/Polis, pemandu kereta itu dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sebelum hilang kawalan.
Minta tindakan tegas diambil
Rata-rata netizen berpendapat tindakan yang tegas harus dikenakan pemandu mabuk untuk memberi kesedaran kepada mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kes kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk.