Pasangan pelakon popular, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson sekali lagi mencuri perhatian peminat selepas berkongsi video pendek di TikTok miliknya, semalam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kali Ni Kita Tak Pilih Rupa Paras, Janji Boleh Berlakon’ – A. Aida
Artikel Berkaitan: Amelia Henderson Bersyukur Dapat Tangguh Permohonan Maaf Pada A. Aida
Amelia panggil sayang
Menerusi perkongsian TikTok, pasangan popular ‘Kisah Cinta’ kelihatan memakai pakaian sedondon sambil merakam aksi mereka berjalan berpegangan tangan. Namun apa yang menarik perhatian adalah Aedy sempat bergurau dengan peminat yang mahu mengambil gambar bersama mereka ketika sedang merakamkan video tiktok tersebut.
Bang, saya tengah berTikTok ni bang, abang kacau lah… tak de lah gurau je.
Bukan itu sahaja, tindakan spontan Amelia, 27, memanggil Aedy dengan panggilan sayang mencuri perhatian peminat.
Komen netizen
Perkongsian di TikTok itu dihujani dengan pelbagai komen netizen yang rata-ratanya teruja melihat kemesraan mereka. Ada juga yang memuji Aedy Ashraf yang tidak sombong apabila disapa oleh peminatnya.
Video
@ameliathsusah ah lepak dgn budak femes ni? original sound – yes this is amelia ??
Sumber: Amelia Henderson