![[VIDEO] Amirah & View Chin Mesra Berbuka Puasa Di Rumah Ibu, Netizen Mohon Hentikan Kecaman – ‘Harap Terjawablah Status Mereka’](https://media.ohbulan.com/2025/03/view-chin-dan-amirah.jpg)

Isteri kepada usahawan popular View Chin iaitu Amirah Aqilah berkongsi momen berbuka puasa di rumah ibunya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Tak Nak Gaduh, Mahu Jaga Anak & Teruskan Kehidupan Masing-Masing’ – View Chin Jawab Isu Ada ‘Chemistry’ Dengan Bekas Isteri
Artikel Berkaitan: ‘Hubungan Saya Dengan View Chin Bermula Setelah Mereka Sah Bercerai’ – Amirah
Buka puasa bersama
@amirahhfirdaus_view Buka puasa rumah ibu @VIEW Chin @8 #fyp #viral #fyppppppppppppppppppppppp #fyp?? #fypage ? original sound – Amirah Aqilah (VIEW)
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, dilihat pelbagai juadah yang disediakan untuk berbuka puasa bersama.
Pada perkongsian itu, rata-rata netizen harap tiada lagi soalan mengenai status hubungan Amirah dan View Chin.
Hentikan kecaman




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen simpati dengan nasib Amirah dan View Chin yang sering kali difitnah mengenai hubungan yang dijalinkan. Selain itu, warganet turut mendoakan agar kedua-duanya sentiasa murah rezeki.
Imbas kembali, View Chin pernah menjadi bualan hangat di media sosial selepas didakwa menjalinkan hubungan dengan pekerjanya sendiri.
Walau bagaimanapun, Amira meleraikan spekulasi itu dengan menyatakan bahawa hubungannya dengan usahawan itu hanya terjalin setelah dia sah bercerai dengan bekas isteri, Sharmine.
Sumber: TikTok @AmirahAqilah (View)








