![[VIDEO] Ammar Ahyan Beli Char Kuetiau Selepas Terima Gaji Pertama – ‘Saya Tak Beli Barang Peribadi’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/ammar-22.jpg)
Perkongsian usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan anaknya Ammar Ahyan tentang gaji pertama telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ammar Ahyan Idam Watak Gangster, Sharnaaz Ahmad Jadi Idola – ‘Sebab Nampak Macho’
Artikel Berkaitan: Shahida Bangga Ammar Ahyan Menyanyi Depan Orang Ramai – ‘Yang Penting Yakin, Suara Nombor Dua’
Gaji pertama
Menerusi podcast ABPBH 37, Ammar berkongsi tentang barang yang dibeli olehnya selepas menerima gaji pertama.
Saya beli Char Kuetiau.
Saya pernah beli cawan dekat Shanghai, China, guna duit saya sendiri.
Saya tak beli barang peribadi, ayah saya yang belikan.
Sementara itu, Aliff memaklumkan sebagai bapa dia masih menjalankan tanggungjawab menanggung perbelanjaan dan keperluan Ammar.
Aliff juga berkata, dia tidak pernah mengambil sebahagian wang daripada pendapatan anak sulungnya itu meskipun Ammar menerima gaji yang lumayan.
Dia selalu menyimpan wang jadi seluar dalam dan baju-baju dia saya belikan.
Nampak dia macam ini, tapi dia ialah seorang yang penjimat. Setiap bulan saya berikan dia elaun, minyak kereta, peralatan sekolah saya sediakan. Tapi dalam masa yang sama, dia pun suka berniaga juga.Kalau dia jadi duta, saya takkan ambil duit dia. Sekali dia buat ‘review’ mahal juga, baru-baru ini dapat RM10,000.
Untuk info, dua beranak itu telah diangkat sebagai pemenang kategori sampingan, Ekstra! iaitu Seller Terpaling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-37 yang berlangsung baru-baru ini.
Sumber: TikTok Berita Harian






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
