Pelakon Ammar Alfian menyuarakan hasrat untuk mendalami ilmu serta mula bergiat aktif dalam bidang kerja belakang tabir.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Kata Saya Pukul, Tetapi Kes Diklasifikasi Sebagai Tiada Tindakan Lanjut’ – Ammar Alfian

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ammar Alfian Kini Bergelar Ejen Hartanah, Tak Bergantung Pada Satu Sumber Pendapatan

Niat bersara dibatalkan

Ketika ditemui OhBulan!, Ammar atau nama lengkapnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 39, mengakui sudah membatalkan niatnya untuk bersara daripada dunia seni.

Menurut Ammar, dia terus mendapat dorongan dan sokongan daripada orang sekeliling yang sentiasa percaya terhadap bakat serta potensinya dalam dunia hiburan.

Ketika itu saya fikir nak bersara. Saya rasa kalau dah sampai usia 40 tahun, itu saja lah.

Tapi atas nasihat, dorongan dan sokongan beberapa orang yang rapat, mereka rasa saya patut teruskan. Saya pun rasa masih ada lagi yang boleh saya lakukan.

Ammar berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Poster dan Runut Bunyi Filem Orang Perang yang berlangsung di Hextar World Empire, Petaling Jaya baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai perancangan dalam dunia seni, Ammar mendedahkan bahawa dia kini mula mendalami bidang penyuntingan sebagai langkah untuk meneroka kerjaya di belakang tabir.

Dalam pada itu, Ammar menafikan dakwaan bahawa dirinya merajuk dengan industri seni, sebaliknya mahu meneroka sesuatu yang baharu tanpa meninggalkan bidang yang sudah sebati dengan dirinya.

Memang dari dulu saya nak belajar bidang seperti penyuntingan dan penulisan skrip. Sekarang saya sedang buat perkara itu.

Kalau nak masuk ke belakang tabir, bukan terus jadi penerbit. Saya kena bermula dari bawah dan belajar macam mana kerja kamera serta semua proses itu.

Saya tak merajuk. Kalau suatu hari nanti saya tak berlakon sekalipun, saya tetap akan berada di belakang tabir.