![[VIDEO] Ammar Haikal Menangis, Terharu Lihat Persembahan Azeva & Ameng – ‘Keluarga Yang Sebelum Ini Berpecah..’](https://asset.ohbulan.com/2026/04/ammar-3.jpg)
Momen ketika penyanyi Ammar Haikal menangis semasa menyaksikan persembahan kakaknya, Azeva Natassha dan bapa, Ameng Spring di pentas program Talk To My Manager (TTMM2) baru-baru ini telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Selepas Cerai, Ini Kali Pertama Saya & Azeva Satu Pentas Dengan Ameng..Tuhan Pertemukan Semula Kami Sekeluarga’ – A Aida
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadie Kongsi Ammar Haikal Tak Berkira Soal Duit – ‘Saya Nak Bayar Balik Dia Tak Ambil Pun’
Ammar terharu
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ammar menjawab soalan daripada warganet yang mendakwa dirinya cemburu melihat kakak dan bapanya melakukan persembahan bersama.
Cemburu? Buat apa nak cemburu? Tahun lepas pun ayah saya atas pentas.
Saya tak ada rasa cemburu pun dengan kakak saya.
Menurut Ammar, pada malam konsert program tersebut dia tidak dapat menahan sebak apabila menyaksikan ahli keluarganya itu berkongsi pentas.
Tambah Ammar lagi, momen tersebut amat bermakna untuk Azeva dan Ameng, selain menyifatkannya sebagai satu pertemuan yang indah sehingga dia mengalirkan air mata.
Saya menangis sebab terharu tengok keluarga yang sebelum ini berpecah dan kurang berjumpa.
Ayah saya juga nak melihat salah seorang daripada anak-anaknya masuk dalam industri seni.
Saya ingat saya sahaja, rupanya ada kakak saya lagi seorang, jadi saya rasa terharu melihatnya.
Terdahulu, Ameg muncul di pentas TTMM2 untuk mengiringi persembahan anak gadisnya yang diuruskan oleh bekas isteri, Datuk A Aida.
Detik itu meruntun emosi penonton apabila Azeva menyampaikan lagu Sejiwa yang pernah dipopularkan bapanya.
Sumber: TikTok