Penyanyi Amylea Azizan meluahkan rasa terharu apabila rakan seperjuangannya, Datuk Alha Alfa, menitipkan komen penuh penghargaan serta kata-kata semangat buat dirinya.

Artikel Berkaitan: Alha Alfa Kongsi Ketabahan Amylea Azizan Hadapi Isu Rumah Tangga – ‘Saya Nampak Dia Termenung & Berzikir’

Artikel Berkaitan: Amylea Azizan Sudah ‘Move On’, Buka Mulut Isu Cerai – ‘Dia Belum Bersedia Jadi Suami’

Terharu

Ketika ditemui OhBulan!, Amylea, 38, berkongsi bahawa Alha merupakan salah seorang rakan baik yang banyak mengetahui rahsianya dan sentiasa menjadi pendengar setia luahan hatinya.

Saya tidak sangka dia beri komen seperti itu. Saya terharu.

Sebenarnya dia adalah orang yang saya idolakan kerana memang seorang yang sangat positif dan memberi semangat serta nasihat yang baik-baik.

Untuk dia komen seperti itu, saya rasa kerdil sangat. Sebab itu rezekinya dimurahkan dan ramai menyayanginya.

Semoga perkara baik yang dia beri kepada orang itu berbalik kepada dia semula.

Amylea berkata demikian ketika ditemui pada Wardah Fashionably Modest Asia 2025 di Pavilion Damansara Heights pada Selasa.

Dapat komen positif

Dalam pada itu, pelantun lagu Kendati itu berkata sebelum ini dia mengelakkan diri daripada membaca komen kerana mahu menjaga sensitiviti dirinya.

Bagaimanapun, tidak menjangka bahawa perkongsian mengenai kisah penceraiannya meraih reaksi positif dalam kalangan ramai.

Memang ada kawan-kawan yang beritahu saya tentang komen positif itu.

Saya sebenarnya nak elakkan daripada tengok komen sebab tahu apa saja yang dikongsikan ada positif dan negatif.

Saya bersyukur dan saya tahu ini adalah cara Allah memujuk, memberikan saya semangat dan cara-Nya memujuk saya untuk menjadi orang yang positif.

Segala kesedihan itu diganti dengan doa-doa yang baik daripada orang ramai.

Sebelum ini, Alha berkongsi tentang keperibadian baik yang dimiliki oleh Amylea meskipun sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga.