![[VIDEO] Anak-Anak Norish Karman Perjelas Dakwaan Tak Bekerja – ‘Dari Umur 13 Lagi Sudah Mula Berniaga’](https://asset.ohbulan.com/2026/05/norish-karman-2.jpg)
Anak-anak kepada pelakon Norish Karman iaitu Nur Hanyz Amanda dan Muhammad Haqiem Amany menjelaskan tentang komen warganet yang mendakwa mereka tidak bekerja untuk membantu keluarga.
Artikel Berkaitan: Netizen Nasihat Anak Norish Karman Cari Kerja, Kongsi Tempat Tengah Ambil Pekerja – ‘Sementara Ibu Dah Okay ..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norish Karman Tanggung Empat Anak Angkat, Bukan Mengemis Minta Duit – ‘Kereta Dah Layak Masuk Longkang’
Penjelasan anak-anak Norish
Menerusi perkongsian di audio siar Cer Citer, Amanda berkata, Norish tidak pernah menganggap dirinya sebagai beban malah menasihatinya untuk mengabaikan tomahan negatif yang dilemparkan terhadap mereka.
Saya baca terlalu banyak komen dan saya tanya ibu saya, ‘adakah dengan saya tak bekerja, saya menyusahkan awak?’
Kerja saya sekarang ini sebagai tutor, memasak, jaga adik-adik dan mak saya.
Mak saya jawab, ‘tak, awak tak susahkan saya, jangan baca semua tu (komen) dan jangan cakap macam itu. Yang penting apa yang saya fikirkan pasal awak.’
Menurut Amanda, sejak remaja lagi dia sudah mula mencari pendapatan sendiri dengan mencuba melakukan pelbagai pekerjaan.
Masa umur 13 lagi saya dah mula berniaga, umur 16 saya buat kerja-kerja pembersihan.
Tak semestinya kena kerja di pejabat. Bila tak kerja jam 9 sampai 5 maksudnya saya tak bekerja? Tak adillah nak cakap begitu.
Sementara itu, sebagai anak sulung di dalam keluarga, Armany juga bersama-sama menggalas tanggungjawab dan memperjelaskan tentang kariernya.
Orang selalu fikir yang saya tak pernah kerja sepanjang hidup saya, disebabkan saya selalu berada di belakang kamera dan edit video.
Dari umur 16 tahun saya dah mula bekerja untuk bantu ibu saya, sampailah sekarang.
Saya seorang content creator, konten saya di merata-rata tempat jadi saya tak pasti bagaimana mereka berfikir tentang cara saya bekerja.
Orang pun tak tahu Norish Karman buat kerja-kerja pembersihan, iyalah kami pakai topeng semasa buat kerja.
Terdahulu, rata-rata warganet menasihati anak-anak aktres itu supaya bekerja bagi membantu meringankan beban keluarga susulan situasi mereka yang berada dalam keadaan kurang stabil dari segi kewangan dan kesihatan.
Sumber: Majalah Remaja