![[VIDEO] Anak Diserang Virus ‘SRV’, Ain Edruce Mohon Doa Agar Cepat Sembuh – ‘Belum Sebulan Lagi Awak Lahir’](https://media.ohbulan.com/2025/04/ain-edruce.jpg)

Pengacara dan pelakon, Ain Edruce diuji apabila anak lelakinya menghidap Respiratory Syncytial Virul atau ‘SRV’ sehingga ditahan wad.
Artikel Berkaitan: Ain Edruce Selamat Lahirkan Anak Kedua, Sempat ‘Request’ Beef Wellington – ‘Makanan Pertama Nak Makan Adalah Dari Gordon Ramsay’
Artikel Berkaitan : [VIDEO] Ain Edruce Serah Tugas Kepada Amirul Beri Nama Anak Kedua – ‘Kali Ini Baby Boy’
Virus SRV
@ain.edruceAdikkk. Lama dah duduk dlm wad tu.. jom balik. Kesian kakak soraya rindu awak. ?? Sedih mummy haritu tengok tangan kena cucuk jarum semua.. belum sebulan lagi awak lahir.. baru berapa hari, dah masuk wad balik ? Alhamdulillah adik dah sihat tapi belum fully recover sbb dia baby kan.. doakan adik soraya sihat cepat macam kakak dia okay guys?? RSV ni jahat ?? Kembali Pulang – Suara Kayu & Feby Putri
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Nurulain Edruce, 33, meluahkan rasa sebak melihat keadaan anak lelakinya yang belum mencecah usia sebulan dicucuk bagi proses pemulihan daripada virus SRV.
Adik, lama dah duduk dalam wad. Jom balik.
Kesian kakak Soraya rindu awak.
Sedih mummy haritu tengok tangan kena cucuk jarum. Belum sebulan lagi awak lahir.
Baru beberapa hari, dah masuk wad balik.
Bagaimanapun, Ain memaklumkan bahawa keadaan anaknya semakin pulih walaupun tidak sepenuhnya.
Dalam pada itu, Ain memohon doa orang ramai agar kesihatan anak lelakinya kembali sihat seperti sedia kala.
Pengalaman para ibu




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para ibu berkongsi pengalaman yang dihadapi apabila anak menghidapi masalah kesihatan yang sama. Selain itu, warganet turut menasihati agar tidak membiarkan bayi seawal sebulan didekati oleh orang luar.
Sumber: TikTok @ain.edruce








