Setiap kali tiba musim tengkujuh, pasti ada segelintir kanak-kanak yang teruja untuk bermain air banjir tanpa menyedari bahaya di sebaliknya. 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadapi Musim Banjir Dengan Selamat, Ini 4 Langkah Mudah Persediaan Awal

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Titip Nasihat Buat Mangsa Banjir – ‘Hakikatnya Kita Tak Memiliki, Semua Pinjaman Sahaja’

Bahaya air banjir 

@drsakinahkb

Seronok tengok anak main air banjir? Hati-hati ‼️ Air banjir bukan air biasa, ia penuh bakteria, najis, serpihan tajam dan bahan kimia. Kanak-kanak berisiko terkena jangkitan kulit, cirit-birit, leptospirosis, luka bernanah dan pelbagai penyakit lain. Air nampak cetek, tapi bahaya yang tersembunyi lebih besar. Lindungi anak anda. Jauhkan mereka dari bermain air banjir. #KesihatanAnak #ElakBahayaBanjir #JanganMainAirBanjir #KlinikAnda #BanjirMalaysia

♬ original sound – DrSakinahKB – DrSakinahKB

Menyedari akan perkara tersebut, seorang doktor perubatan yang dikenali sebagai Dr Sakinah, berkongsi tentang risiko bermain air banjir.

Walaupun kelihatan sangat menyeronokkan, namun air banjir sebenarnya menyembunyikan pelbagai kemudaratan yang boleh memberi kesan buruk terhadap keselamatan dan kesihatan.

Air banjir memanglah budak-budak seronok bermain. Kita pun macam nak lompat juga, tapi air banjir ni ada banyak bahaya yang akan ancam keselamatan anak-anak.

Air banjir ni ada bakteria, najis, sampah, minyak dan banyak lagi benda-benda bahaya.

Menurut Dr Sakinah, bahaya air banjir tidak hanya terhadap kanak-kanak tetapi orang dewasa juga perlu berwaspada terutama dengan jangkitan penyakit serta renjatan elektrik. 

Lebih membimbangkan, terdapat bahaya yang tidak kelihatan pada mata kasar seperti lubang, kabel elektrik dan haiwan berbisa yang mungkin terselindung dalam air keruh.

Kanak-kanak dan orang dewasa pun berisiko untuk dapat jangkitan daripada air ni, dapat penyakit kulit, dapat penyakit leptospirosis, tercucuk barang-barang yang tajam dan juga risiko renjatan elektrik.

Tambah pula bahaya yang kita tak nampak. Contohnya seperti lubang, kabel-kabel elektrik dan binatang-binatang yang berbisa. Nak anak-anak kita cedera ke? 

Justeru, Dr Sakinah menegaskan agar ibu bapa sentiasa memantau anak-anak supaya terhindar dari perkara yang tidak diingini.

Seronok anak-anak ini cuma sekejap, tapi malang tak berbau dan boleh jadi kesan kekal pula pada mereka.

Sumber: TikTok Dr Sakinah KB