Perkongsian personaliti media sosial, Aqil Zulkiflee tentang anaknya, Ayana Aqila yang kurang sihat telah menyorot perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Masuk Dua Bulan, Aqil Zulkiflee Sambut Di Hotel Mewah – ‘Dia Sebenarnya Meraikan Yang Melahirkan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Masuk Dua Bulan, Aqil Zulkiflee Sambut Di Hotel Mewah – ‘Dia Sebenarnya Meraikan Yang Melahirkan’

Anak sakit

Menerusi hantaran di Threads, Aqil memuat naik video yang memaparkan anaknya sedang muntah-muntah dan mereka berada di sebuah hospital.

Macam ni la Ayana minum, lepastu muntah. Dia tidur, terbangun sebab batuk-batuk lepastu muntah lagi.

Nasib baik kerja tak banyak minggu ni. Cepatlah Ayana sihat, papa banyak kerja minggu depan.

Dia tak pernah sakit teruk selama ini.

Nasihat netizen 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Aqil supaya tidak terlalu mendedahkan mengenai anak perempuannya itu berikutan bimbang dengan penyakit ain.

Dalam masa sama, warganet juga berharap agar Aqil dapat melindungi cahaya matanya agar dapat terhindar daripada perkara yang tidak diingini.

Untuk info, Aqil dan isteri, Nur Iliyaa Jasmina Roslan, mendirikan rumah tangga pada 20 Julai 2024. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung mereka pada 12 September tahun lalu.

Sumber: Threads