![[VIDEO] Anak MUA Bellaz Patah Jari, Kaki Ditimpa Penutup ‘Flush’ Tandas – ‘Terdengar Bunyi Kuat, Saya Terus Berlari’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/bellaz-43.jpg)
Anak kepada jurusolek terkenal MUA Bellaz iaitu Iriz Alisya dibawa ke sebuah pusat rawatan selepas cedera ketika berada di dalam tandas.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] MUA Bellaz Rai Hari Lahir Anak Secara Sederhana, Netizen Kagum Lihat Suasana Majlis – ‘Dia Jemput Orang Kampung’
Artikel Berkaitan: MUA Bellaz Kenang Kebaikan Suami – ‘Tanggung Beras Sampai Senget Bahu, Nak Hantar Dekat Keluarga Saya Yang Susah’
Anak sulung cedera
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Bellaz bersama suami serta anak sulung mereka itu dilihat baru sahaja selesai menerima rawatan.
Alisya atau mesra dengan panggilan Eica itu tidak mampu untuk berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda selepas kakinya dibalut.
Suami Bellaz iaitu Anuar Ahmad kemudian mengangkat puterinya itu masuk ke dalam kereta.
Menurut Bellaz atau nama lengkapnya Nur Nabila Zulyadaini, kejadian tersebut berlaku ketika Eica sedang mandi.
Selepas saya selesai live petang tadi, dia sedang mandi selepas itu saya dengar bunyi kuat dari luar macam ada benda jatuh.
Saya berlari dan mendapati penutup flush tandas yang berat tu jatuh timpa kena kaki dia.
Kami bawa dia pergi hospital dan scan, dia patah jari kaki.
Doa netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Eica cepat sembuh daripada kesakitan yang dialaminya.
Dalam pada itu, warganet juga sebak melihat tindakan Anuar yang sangat menyayangi anaknya itu.
Sumber: TikTok MUA Bellaz






