Seorang insan yang bergelar ibu mempunyai banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan setiap hari. Selain perlu menguruskan hal rumah, mereka juga perlu melayan kerenah anak-anak yang kadangkala boleh buat para ibu pening kepala!
Begitulah yang dilalui oleh seorang wanita ini apabila anak lelakinya selamba menyembur cat kepada permukaan kereta jirannya.
‘Beratus-ratus duit mama habis’
Wanita yang dikenali dengan nama Sha Qiena ini menceritakan kembali pengalaman yang tidak dapat dilupakan itu menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya. Menurut wanita ini, kejadian tersebut berlaku semasa mereka sekeluarga pulang kampungnya selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Wanita ini mendakwa pemilik kereta tersebut telah membuang botol spray cat berkenaan di kawasan rumah. Kebetulan, anak lelaki wanita ini telah menjumpai botol tersebut dan menyemburnya di permukaan kereta.
Bila sel-sel anak sedang berhubung, dicontengnya dekat kawasan pintu sebelah driver. Dekat rim tayar ni mama hantar polish, hantar kilat spray. Beratus-ratus duit mama habis.
Kereta asalnya memang banyak calar
Dakwa wanita ini lagi, pemilik kereta tersebut pula seakan mengambil kesempatan dengan memintanya menggantikan tayar dan rim yang baharu sedangkan pihak polis sudah memaklumkan supaya wanita ini membaiki pada tempat yang terkesan sahaja.
Oleh itu, wanita ini tidak bersetuju kerana harganya jauh lebih mahal dan seakan tidak berbaloi kerana itu adalah kereta lama. Bukan itu sahaja, dia juga dipercayai meminta wanita ini untuk ‘polish’ keseluruhan keretanya sedangkan sebelum kejadian, kereta tersebut memang terdapat banyak calar.
Lampu pun asalnya dah kabur. Dia minta mama ganti yang baru. Kes ini pun jadi kes polis sebb ramai masuk campur tangan. Akak ni pun tak boleh toleransi. Macam-macam kena ugut selagi mama tak bayar ganti rugi. Dah hantar kedai pun macam-macam tak puas hati.
Sementara itu, wanita ini sempat berpesan dan menasihati kepada dirinya dan anak-anak supaya jangan sesekali menyukarkan urusan orang lain.
Anak ‘spray’ kereta jiran
Sumber: Sha Qiena