![[VIDEO] Anak Tak Terlepas Dari Buli Siber, Intan Najuwa Titip Pesan – ‘Berhati-Hati Dalam Memberi Komen’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/IntanNajuwaAnakJadiSasaranBuliSiber1.jpg)
Pelakon, Datin Intan Najuwa berpendapat gejala buli dalam dunia media sosial semakin hari semakin membimbangkan sehingga mampu memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Tegaskan Warna Kulit Bukan Isu Untuk Dipersoalkan – ‘Satu Topik Sensitif & Peribadi’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Papar Kehidupan Mewah Bukan Niat Untuk ‘Show Off’ – ‘Saya Kongsi Supaya Jadi Inspirasi’
Intan beri pesan

Justeru, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid ini menasihatikan orang ramai untuk tidak menulis sebarang komen negatif terhadap orang lain dengan sewenang-wenangnya.
Pada saya sangat teruk (buli siber) dan kepada sesiapa yang nak tinggalkan komen negatif, saya rasa perlu lebih berhati-hati.
Sekarang ini banyak sangat buli siber dan semua itu akan beri kesan kepada kesihatan mental orang lain sebab kita tak tahu apa yang mereka lalui.
Masing-masing ada ‘struggle’ sendiri. Jadi, berbuat baiklah sesama sendiri.
Tolong berfikir sebelum melontarkan apa-apa komen negatif kerana boleh memberikan kesan terhadap orang lain.
Intan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui OhBulan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang diadakan di Suria KLCC pada Sabtu.
Anak juga tak terlepas
Tambah Intan, bukan sahaja dirinya yang menjadi mangsa buli siber malah anak perempuannya yang baru berusia lapan bulan iaitu Imane Lunara juga tidak lepas menjadi sasaran netizen.
Komen negatif tentang anak juga banyak. Bukan di komen sahaja tetapi menerusi ruangan mesej (DM) juga.
Ketika ditanya bagaimana dirinya berdepan dengan isu buli siber ini, pelakon drama ‘Kekasih Paksa Rela’ berkata dia memilih untuk tidak membaca komen bagi memastikan kesihatan mentalnya terjaga.
Saya lebih memilih untuk tidak baca sangat, tak simpan dalam hati sebab mungkin orang tak kenal kita dan boleh cakap macam-macam kan?
Saya memang daripada dulu sudah biasa dan tak baca untuk menjaga saya punya kesihatan mental juga.
Sebab kita tak boleh nak sekat dan kawal benda-benda yang negatif atau buruk orang nak beri.
Saya lebih kenal diri saya sendiri.
Sebelum ini, Intan pernah dituduh sengaja menayang gaya hidup mewah dan sering menjadi mangsa kecaman sesetengah netizen di media sosial.








