Pempengaruh media sosial, Andika Putera mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa pukul ketika dirinya baru sahaja berusia 15 tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Pilih Andika Putera Sebagai Suami Sebab Nak Kelainan, Bosan Bercinta Dengan Doktor – ‘Kami Sibuk, Kalau Borak Pun Pasal Kerja’

Kena pukul dengan gengster?

@dolspodcast Andika kena pukul dengan gangster tanpa tau sebab. Layan Episod 61, JUMAAT 10 MALAM di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. NAK BELAJAR BUAT SIDE INCOME ? BOLEH FOLLOW @Fokiyoks @shuibsepahtu @Mamatsepah_Nana @Fizie Roslan @shuksahar @Andika Putera @Akmal_OldMoney #DolsPodcast ? original sound – Dol’s Podcast

Dakwa Andika atau nama lengkapnya Muhamad Andika Putera Salleh, kejadian itu berlaku di sebuah lorong terletak di Pulau Pinang pada tahun 2013.

Saya pernah kena pukul di sebuah lorong yang terletak di Pulang Pinang pada tahun 2013.

Waktu itu saya tingkatan tiga dan betul-betul tengah ‘naik’.

Mereka macam kumpulan gengster, kejar saya sebelum terajang saya daripada belakang.

Bila saya terjatuh, mereka pukul saya beramai-ramai.

Andika berkongsi perkara tersebut ketika sesi podcast ‘Dol’s Podcast’ yang dikendalikan Shuib, Mamat Sepah dan Fizie Roslan.

Bercerita lanjut, Andika berkata dia tidak mengetahui apakah motif sebenar kumpulan tersebut memukulnya.

Tambah bapa kepada seorang anak ini lagi, dia kemudiannya pulang ke rumah dalam keadaan baju koyak dan lengan yang kotor.

Saya tak tahu apa motif mereka pukul tapi selepas itu saya pulang dalam keadaan keluar air mata tetapi tak menangis.

Dengan baju saya yang koyak-koyak dan lengan yang kotor terus balik ke rumah.

Sampai rumah, mama saya tengok kemudian dia menangis. Terus mama cakap. ‘Adik kenapa ini? Adik dah kena ada ‘bodyguard’ dah’.

Video penuh

Sumber: TikTok, YouTube Dol’s Podcast