![[VIDEO] Isteri Pilih Andika Putera Sebagai Suami Sebab Nak Kelainan, Bosan Bercinta Dengan Doktor – ‘Kami Sibuk, Kalau Borak Pun Pasal Kerja’](https://media.ohbulan.com/2025/03/andika-5.jpg)

Isteri kepada pempengaruh Andika Putera iaitu Dr Amalina Aiza mendedahkan sebab memilih Andika sebagai suami.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Ucap Tahniah Atas Perkahwinan, Isteri Andika Putera Tergamam – ‘Saya Sangat Suka Dia Sehingga Tak Terkeluar Kata-Kata’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Minta Bantuan Isteri Gayakan ‘Old Money’, Netizen Bagi Kelulusan – ‘Lepas Ini Abang Jangan Pilih’
Minat bisnes
@amalinaaizaaAll my life i’ve been so busy with work ,sometimes i got tired of it and wanted to challenge myself with something new to keep life interesting . Sure it comes with a lot of pressure and obstacles but along the way i discovered new growth potentials in myself,and that makes every steps of the way worth it.? original sound – Amalina Aiza
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Dr Amalina akui minat untuk menceburi bidang perniagaan.
Menurutnya, dia mula mengikuti kelas suaminya, Andika atau nama lengkapnya Muhamad Andika Putera untuk mendalami ilmu perniagaan.
Memang saya kerja sebagai doktor, tapi sebenarnya saya minat buat bisnes.
Masa tu saya tengah berjinak-jinak lagi.
Andika cakap masatu saya masih baby in business.
Sebab pilih Andika sebagai suami

Menjawab pertanyaan Andika, Dr Amalina inginkan sesuatu yang baru dan mencabar dalam memilih pasangan hidup.
Saya tak pilih lelaki yang kerja Doktor juga sebab kami dua dua sibuk.
Tak sempat nak berkenalan.
Kadang-kadang kalau bercakap pun, hanya tentang kerja. Jadi, agak bosan sikit.
Saya nak sesuatu yang lain.
Pada akhir perkongsian, Andika akui banyak bertukar ilmu dengan isterinya tentang perubatan dan perniagaan.
Imbas kembali, Andika dan bekas isterinya, Ananda Natasha pernah bercerai buat kali pertama pada tahun 2022 namun dirujuk demi kebaikan anak, Alisha Puteri sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember tahun lalu.
Pada 15 Januari tahun ini, Dr Amalina sah bergelar isteri kepada pempegaruh berusia 28 tahun itu.
Sumber: TikTok @Amalina Aiza








