Bekas tunang pelakon Zarina Anjoulie iaitu Datuk Khazrul Elzey menerusi sesi siarang langsung di TikTok membuat pengakuan bahawa masih menyayangi Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju.
‘Dia saya letak dalam hati saya nombor satu’
Menerusi sedutan video yang dikongsikan, Khazrul menjawab beberapa pertanyaan netizen dan pendapat mereka mengenai Anju. Khazrul menyifatkan Anju seorang wanita yang sangat baik dan dia meletakkan Anju nombor satu di hatinya.
Tapi Anju tak seksi pun, Anju baik. Dia sangat baik. Dia saya letak dalam hati saya nombor satu. Mak Pova nombor satu, dia pun nombor satu dalam hati saya. Dua-dua sebelah kanan ada, sebelah kiri ada. Past is past kan, nak buat macam mana.
Bercerita dengan lebih lanjut, Khazrul memaklumkan dia sepatutnya akan berjumpa dengan bapa Anju pada hari ini iaitu 17 Februari namun perancangan tersebut gagal disebabkan beberapa rintangan. Khazrul menyerahkan segalanya kepada Allah SWT kerana manusia hanya mampu merancang dan Allah SWT yang menentukan segalanya. Malah dia percaya perancangan Allah SWT adalah jauh lebih baik.
Saya dah pujuk, dia pun dah call saya. Saya pun cakap dengan dia pun very touching, dia pun sama. Cuma, kena muhasabah diri dulu lah. Kalau ada jodoh nanti, kalau dia tak kahwin lagi. Mana lah tahu, saya kahwin lah dengan dia.
Buat masa ni, dia kena belajar kesilapan, saya kena belajar kesilapan saya. Kalau jodoh tak kemana, sebab kitaorang dah kawan baik kan. Kami tak nak putuskan silaturahim. Saya mesej dia, tak lepas. Something wrong with the WhatsApp atau pun dia dah cut. Mungkin dia merajuk kot.
Dalam kesempatan itu, Khazrul akui tidak mahu memutuskan silaturahim yang terjalin memandangkan mereka kini adalah kawan baik. Dia juga berharap dalam tempoh ini mereka berdua boleh muhasabah diri dan belajar dari kesilapan lalu.
Video
Sumber: TikTok