berita

[VIDEO] Anzalna Nasir Buat Ibu Menangis, Hadiahkan Rantai Berlian RM120,000

April 28th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon Anzalna Nasir berkongsi momen gembira apabila menghadiahkan seutas rantai berlian mewah berharga RM120,000.00 kepada ibu tercinta.

Artikel Berkaitan: Netizen Cemburu Tengok Anzalna Nasir Jumpa Hwang In Youp, Gong Yoo & Aaron Kwok – ‘Bestnya!’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rezeki Perlu Kongsi Bersama’ – Anzalna Bawa Bapa Tunggal Shopping Barang Bayi

Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Suka Belanja Mewah Untuk Anak, Tak Pernah Beli Barangan Tiruan

50 gram emas, 12 karat berlian

Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok, Anzalna dilihat hadir ke sebuah kedai emas jenama terkemuka dan berhasrat untuk membelikan rantai tersebut kepada ibunya.

Sejurus mendengar perkara itu, ibunya dilihat sebak dan gagal menahan air mata apabila mengetahui aktres berusia 35 tahun itu ingin menghadiahkan rantai yang difahamkan mempunyai campuran emas sebanyak lebih 50 gram dan set berlian lebih 12 karat itu kepadanya.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji sikap ibu kepada dua cahaya mata itu selain mendoakan rezekinya sentiasa diluaskan.

Video

 

@anzalnanasir @HABIB Jewels #FYP ? Syurga Di Telapak Kaki Ibu – Aishah

SKIP THIS AD ×