Biarpun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Anzalna Nasir masih mempunyai peminat yang tersendiri. Wanita yang baru berhijab ini lebih selesa untuk fokus membesarkan dua cahaya mata di rumah.
Artikel Berkaitan: Anak Anzalna Nasir Jatuh Sakit Sampai Masuk Hospital, Ramai Ibu Bapa Kongsi Pengalaman Sama – ‘Doktor Cakap Sekarang Ini Banyak Kes Serupa’
Tak rasa bazir?
Pada Isnin, Anzalna membuka sesi ‘Ask Me Question’ bersama peminat di Instagram Stories miliknya.
Antara soalan yang diajukan oleh individu yang tidak diketahui identiti adalah mengenai harga pakaian berjenama mewah buat anak-anaknya yang mencecah ribuan ringgit bagi sehelai.
Tak rasa membazir ke beli baju-baju anak harga beribu? Pernah beli yang fake tak?
Menjawab pertanyaan tersebut, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir berkata dia enggan berkira dengan anak-anak kerana mereka adalah pembawa rezeki.
Katanya lagi, dia tidak pernah membeli barangan tiruan kerana segan jika kantoi dengan orang ramai.
Artis tutup muka anak
Dalam pada itu, aktres berumur 34 tahun turut diajukan soalan tentang golongan selebriti yang memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak.
Kata pelakon drama Memori Cinta Suraya, setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza.
Masing-masing ada pendapat tersendiri. Bagi Anzalna, saya gembira bila dapat kongsi dengan semua. Alhamdulillah ramai yang mendoakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga.
Terdahulu, Anzalna dan suami, Mohamad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki, Mohamad Eidress, 3, dan Mohamad Emirhan yang baru dilahirkan pada 20 Mei lalu.
Sumber: Instagram @anzalnanasir88