Anak kepada pelakon Norish Karman iaitu Manda, memohon agar tiada mana-mana pihak mengungkit kisah silam sepanjang ibunya bergiat aktif dalam dunia seni.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kurang Senang Norish Karman Dihujani Dakwaan Negatif – ‘Kenapa Persoalkan Ujian Menimpa Dia Sekarang?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norish Karman Tanggung Empat Anak Angkat, Bukan Mengemis Minta Duit – ‘Kereta Dah Layak Masuk Longkang’

Kisah silam

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Manda atau nama penuhnya Nur Hanyz Amanda berpendapat tidak adil untuk mengungkit kisah silam seseorang.

Menurut Manda, setiap hari membuka ruang untuk seseorang individu memperbaiki diri dan menjadi lebih baik daripada semalam.

Kenapa nak kena ungkit masa silam?

Apa kena mengena masa silam dan sekarang?

Sekarang ini kita susah, bukan ketika waktu silam.

Ianya tidak adil. Hari-hari kita diberi peluang untuk menjadi yang terbaik.

Tapi hari-hari anda semua memilih untuk memandang kisah silam.

Mengulas lanjut ekoran dakwaan sombong, Manda menyifatkan ibunya tidak mudah menzahirkan kesedihan secara terbuka.

Orang cakap muka Norish Karman tak senyum, sombong. Habis itu nak buat macam mana? Nak menangis setiap masa?

Kita diberikan rezeki dimana walaupun kita susah, kita tak tunjuk menerusi muka.

Imbas kembali, Norish dilaporkan menghidap masalah kesihatan serius iaitu paras darah dan zat besi yang terlalu rendah (extreme low blood and iron) sejak dua tahun yang lalu.

Difahamkan, Norish hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda tanpa mampu untuk berjalan sendiri.

Justeru itu, anaknya yang juga seorang pelakon Manda Hash terpaksa memohon dana susulan kesukaran menyediakan wang bagi membiayai kos rawatan.

Sumber: TikTok @najaasafiyyah