berita

[VIDEO] ‘Apa Salah Saya, Kenapa Asyik Dimaki Orang? Adakah Akan Terus Berlaku Hingga Kiamat?’ – Ali Puteh

November 23rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

 

Ali Puteh

Pelawak dan pelakon Ali Puteh berasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang masih mencari salah dirinya sedang dia tidak mengganggu hidup orang lain.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ali Puteh ‘Sekolahkan’ Netizen Biadab, Suruh Cermin Diri Sendiri – ‘Saya Bukan Jual Bab*, Saya Jual Sambal’

Artikel Berkaitan: Ali Puteh Imbau Kenangan Dengan Arwah Abam, Lalui Banyak Cabaran Jadi Anak Seni – ‘Bermula 2010, Pelbagai Audition Kami Sertai’

Mangsa fitnah dan makian

Ali Puteh

Menerusi temu bual bersama Melodi, Ali berkata dia turut berasa terkilan apabila sering menjadi mangsa fitnah netizen tanpa sebarang bukti sahih dan soal selidik tentang sesuatu perkara.

Manusia ini memang banyak jenis dan perangai, ada orang kata saya jawab agak biadap. Habis itu kalau orang yang mula biadap tak akan saya nak diam.

Bila orang tanya saya, saya akan jawab. Tapi kalau diam pun jadi salah. Kalau tak buat apa pun tetap dicop salah, mereka nak apa sebenarnya?

Jauh dalam sudut hati saya, kenapa saya asyik dimaki oleh orang? Adakah akan terus berlaku hingga kiamat, termasuk fitnah yang dilemparkan.

Sedangkan saya tak pernah kacau orang, walaupun ada yang gelakkan kata padan muka dah tak keluar TV. Saya percaya rezeki Allah.

Dalam temu bual sama, Ali atau nama lengkapnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mendedahkan dia pernah dituduh menggunakan duit haram untuk menjalakan perniagaan sambal petai yang diusahakan.

Satu komen yang paling memberi kesan iaitu ada ayat yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang manusia kepada saya sebagai peniaga, cakap rezeki tak berkat hasil makan duit anak yatim buat modal berniaga.

Ya Allah, kali itu saya tak diam, bila netizen bedal saya mesti bedal dia balik, sampai satu tahap saya mahu berjumpa.

Justeru Ali berharap, mana-mana netizen yang tidak menyukai dirinya agat tidak meninggalkan komen buruk dalam media sosial miliknya.

Saya manusia biasa yang tak lari buat dosa dan pahala, kita bukan malaikat. Kalau kita diuji maknanya Allah sayang.

Saya pelik bila netizen yang menentukan syurga neraka saya. Saya harap netizen di luar sana kalau tak minat saya jangan tengok saya dalam media sosial.

Jangan masuk live saya sedang berniaga dan jangan tinggalkan komen, kerana satu komen itu awak kena jawab di akhirat.

Video

@melodiberapi Nama pelawak Ali Puteh sentiasa dikecam oleh netizen walaupun sudah lama tidak muncul dikaca Tv, mencari rezeki yang halal pun ramai still usik beliau.. tak baik tau,tak nak beli tak pe.. jgn kecam dan komen sampai tutup periuk nasi beliau.. doakan yang terbaik jew untuk beliau.. #meloditv3 #aliputeh #sambalAliputeh #ceritaartismalaysia #ceritaartismalaysia #fyp??viral #tv3 ? original sound – Melodi

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×