![[VIDEO] Ariz Lufias Nafi Jadi Selebriti ‘Jalan Pintas’ Bantu Perniagaan Laku Keras](https://asset.ohbulan.com/2025/06/ariz.jpg)
Anggota kumpulan Forteen, Ariz Lufias menafikan menjadi selebriti adalah jalan pintas untuk perniagaannya laku dan mendapat tempat dalam kalangan orang ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Yakin Niat Kalian Baik, Tapi Perkara Yang Mendatangkan Mudarat Kepada Saya Sudah Terjadi’ – Ariz Lufias
Tidak mudah

Menerusi muat naik di TikTok, pemilik nama Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 36, meluahkan rasa syukur apabila manisan tiramisu yang dijual olehnya laku ‘keras’ di pasaran.
Menurut Ariz yang juga usahawan itu, dia menghabiskan masa seharian suntuk membuat tiramisu itu kerana bekalan manisan itu sering surut dengan laju dibeli pelanggan.
Bagaimanapun, perkongsian Ariz mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen terutamanya mereka yang digelar ‘homebaker‘.
Dakwa individu itu, perniagaan Ariz berjalan dengan lancar kerana dia merupakan seorang selebriti. Manakala, perniagaan orang awam sepertinya susah untuk membuat jualan kerana kurang dari pemasaran dan tidak dikenali ramai.
Komen tersebut mendapat perhatian Ariz dan dia menafikan perkara itu.
Saya pun bermula dari zero, bukan bangun-bangun terus ada semuanya.
Saya nak jadi artis pun bukan terus dapat jadi. Banyak kali kena reject dan gagal.
Kena ada usaha dan dengan izin-Nya dapatlah merasa senang sikit.
Sumber: TikTok





![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)


