berita

‘Saya Yakin Niat Kalian Baik, Tapi Perkara Yang Mendatangkan Mudarat Kepada Saya Sudah Terjadi’ – Ariz Lufias

January 2nd, 2024 | by Alia
Kini Trending

ariz lufias

Anggota kumpulan Forteen, Ariz Lufias menegur tindakan segelintir warganet yang didakwa sengaja mencetuskan perbandingan di antara dia dengan penjual-penjual Kek Tapak Kuda yang lain.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Trend ‘Berdua Bersatu’ Bikin FYP di TikTok, Sampai KJ Pun Terjebak!

‘Bad vibes’

ariz lufias

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abdul Hamid menegaskan bahawa dia hanya mahu berniaga dengan cara baik selain ingin menjaga perasaan peniaga lain.

Baru beberapa hari berniaga Kek Tapak Kuda dah mula ada kejadian yang kurang manis berlaku.

Saya yakin niat kalian baik tapi perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepada saya dah jadi beberapa kali dan saya kurang senang dengan perkara itu.

Saya mohon sangat, jangan ‘tag’ nama saya dekat peniaga yang lain, sebab perkara itu boleh mendatangkan ‘bad vibes’ pada saya. Sememangnya saya hanya menumpang rezeki dan ‘hype’ Kek Tapak Kuda ini.

Bagaimanapun, pelantun lagu Seperti Dulu ini tetap menghargai sokongan yang diberikan oleh pelanggannya.

InsyaAllah, saya boleh promote produk saya tanpa menjatuhkan orang lain. Jagalah hati sesama kita. Saya nak berniaga dengan aman dan santai. Minta maaf kalau ada yang berkecil hati dengan hantaran ini.

Terima kasih kepada yang menyokong saya. Semoga dimurahkan rezeki selalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Ariz kerana tindakan tersebut boleh memberikan risiko kepada peniaga dan turut menasihatinya agar bersabar dengan karenah pembeli.

Ya, jagalah tutur bicara kita jadi sebab terdetik dengki dalam hati orang lain..tanpa sedar kadang kita yang menjadi penghasut.

Faham, lagipun bila orang bandingkan takut timbul hasad dengki pulak sedangkan kita tak ada niat pun. Percaya rezeki setiap orang tu ada.

Sabar ya, itu adat berniaga..dugaan. Semoga yang buat tu berhenti.

Untuk info, sejak tahun 2020 Ariz dilihat aktif dalam pembuatan kek dan sering mendapat sambutan luar biasa di media sosial.

Sumber: TikTok Ariz Lufias

SKIP THIS AD ×