Di TikTok, pempengaruh media sosial Umisya Mazlan dan suaminya iaitu Aslam mencuri tumpuan netizen apabila mereka melakukan ‘mukbang’ bersama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Disoal Tentang Dakwaan Marissa Berbadan Dua, Ini Respons Aslam – ‘Doa Yang Baik-Baik’
Artikel Berkaitan: Misya Mazlan Didakwa Hamil, Aslam Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga?
Berselera sungguh!
Menerusi video pendek 1:10 saat itu, Misya dan Aslam kelihatan sangat berselera ketika makan malam bersama. Menurut Misya, mereka makan menu ringkas iaitu nasi putih, udang petai masak thai, salad dan timun sahaja.
Video tersebut juga memaparkan momen di mana Aslam memuji masakan yang dimasak oleh Misya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen suka melihat kemesraan yang ditonjolkan oleh pasangan suami isteri itu. Menurut netizen, Aslam seorang suami yang pandai membahagiakan Misya. Pada masa yang sama, ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga dipercayai pandai menambat hati suaminya dengan cara memasak.
Video
@safespacemuslimah Mukbang Misya & Aslam ?? Menu simple dinner malam ni Nasi putih + Udang Petai Masak Thai + Salad & Timun
Sumber: TikTok