berita

[VIDEO] ‘Aslam Tak Berkemampuan, Bukan Individu Yang Boleh Berpoligami’ – Abby Abadi

February 27th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil memberikan pandangan terhadap dakwaan mengatakan anak perempuannya, Marissa Dania sudah pun bernikah dengan lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Aslam di Thailand baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Misya Mazlan Minta Tanya Tuan Badan, Ahmad Aslam ‘No Comment’ Dakwaan Bernikah Dengan Marissa Dania

Pelik anak berubah 360 darjah

@ohbulanofficial Abby Abadi buka mulut mengenai Aslam #ohbulan #sembangentertainment #abbyabadi #cakap #aslam #bukan #orang #yang #boleh #berpoligami #marissadania #misyamazlan ? original sound – OHBULAN!

Menerusi video yang dikongsikan usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Abby berpendapat Aslam merupakan individu yang tidak layak untuk berpoligami kerana dilihat masih belum berkemampuan.

Aslam itu bukan orang yang boleh berpoligami, saya tak nampak dia boleh.

Saya tak nampak itu sebab dia tidak berkemampuan.

Dalam pada itu, Abby mendedahkan dia dan keluarga sama sekali tidak mengetahui bahawa Marissa berhubung dan mempunyai hubungan dengan Aslam.

Tambah pelakon yang popular dengan drama bersiri ‘Gerak Khas’ itu lagi, dia terkejut dan menjadi tertanya-tanya terhadap perubahan sikap yang berlaku dalam diri Marissa.

Keluarga yang lain tak tahu-menahu pun dia (Marissa) berhubung dengan lelaki yang sekarang (Aslam).

Lillahitaala, Marissa dengan saya daripada kecil tapi saya dapat lihat dia tak macam dulu.

Saya pun pelik dan rasa macam ada sesuatu yang membuatkan anak saya itu berubah dan berpusing 360 darjah begini.

Perkara ini sebenarnya memang di luar jangkaan saya dan ayah dia sebab kami dah berusaha sehabis baik untuk jaga anak.

Terdahulu, tularnya satu dakwaan yang mengatakan Marissa sudah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Bukan itu sahaja, kakak kepada Misya iaitu Nadiah Mazlan juga mengesahkan mengenai berita perkahwinan tersebut ketika dihubungi OhBulan!.

Selepas itu, timbul pula dakwaan mengatakan Marissa menyahikut Abby dan juga bapanya, Normah Hakim di media sosial susulan penularan berita tersebut.

Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya dilihat meluangkan masa bersama ketika menghadiri majlis previe bufet Ramadan yang diadakan di Summit Hotel Subang USJ, Selangor.

Sekadar info, Marissa sebelum ini juga pernah didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya sehingga pasangan itu hampir bercerai.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.

Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu.

Sumber: Instagram Datuk Aliff Syukri

SKIP THIS AD ×